15 Julai 2013

Telan kahak membatalkan puasa???

ye....persoalan nie selalu timbul time bulan posa macam nie....tambah-tambah aku yang tengah selsema ni, lagi la banyak  kahak liar yang meronta-ronta mintak untuk dimuntahkan....haishhhh, masalah problem sungguh.....kalau dekat dengan toilet tak pa...boleh ja lari pie toilet...kalau toilet jauh, tak kan nak buang dalam tong sampah...nehi-nehi, kesian kat mak cik cleaner *tu kalau keadaan kat opislah*

macam aku baru-baru nie, tengah drive nak pie exam....tetiba ja ada tetamu tak diundang kat anak tekak....aku antara dua, nak telak ka dak....kalau aku tak telan, mana aku nak ludah??? tengah drive tu....tak kan nak bukak tingkap nak phuiiiii kat luaq....tak penah lagi la aku buat macam tu...tak berani even aku adalah driver yang cekap dan cemerlang...hahahaha...nak ambik tisu, kat seat belakang lah pulak.....jadiknya, aku ambik keputusan untuk telan....huwaaaaa, serba salah gak time tu....pastu balik exam, saja tanya laki aku batal ka dak....laki aku cakap, kalau telan ailioq tak batal...kalau telan kahak tu batal....abeh, cam na ngan posa aku hari tersebut??? then bagi sedapkan ati, laki aku cakap, kalau tak tau tak pa.... ;)

pagi tadi...masa aku tengah parking kat bawah....aku dengaq hot fm....sepanjang posa nie dah tak dak Panggilan Hangit.....digantikan dengan Prof Ezi......pastu kan, depa pun berlakon la scene ludah-meludah....sapa lagi kalau tak bukan FBI.....pastu Prof Ezi terangkan yang kita boleh telan ailioq....tapi tak boleh telan kahak....ingat, ailioq ngan kahaq adalah dua benda yang berbeza.... batal hukumnya....ouhhhh, posa aku aritu????

dan aku dapat maklumat nie jugak dari ustaz zaharuddin.net yang mengatakan :-

 Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

dan juga daripada ustaznoramin.com/ :

Soalan

Ustaz, saya ada satu kemusykilan, adakah menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung dapat membatalkan puasa?
Jawapan

Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus para ulamak berbeza pandangan, ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.

Menurut mazhab Syafie gelema atau kahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema atau kahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa.

Adapun menyedut gelema dari kepala atau hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut ulamak-ulamak yang lain, menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.

Sumber : Halaqah Net 


ngerti enggak kawan-kawan? kiranya nanti, kalau ada gelema dalam mulut, jangan pie telan....kang batal posa....kalau nak batalkan posa, buat apa pie telan gelema tu...bukan sedap pun...bek minum fresh oren...kan??? eh???? muahahaha...jangan pie buat camtu la no...

sekian



4 ulasan :

mama leen berkata...

ngeeee... kalau batal terus minum milo la.. haha

zulhusna berkata...

tu lah pasal....hehe..dapnya ayaq milo ais ;)

Tanpa Nama berkata...

Thank you :)

Unknown berkata...

Ustaz kalau kita tidak tahu menelan kahak membatalkan puasa adakah batal puasa kita dan saya telan batal tak ustaz