23 Januari 2013

Salam Maulidul Rasul

Esok adalah 12 Rabiul Awal 1434 H.  Hari dimana Rasulullah telah dilahirkan oleh ibu Baginda, Siti Aminah. aku ingat lagi, masa zaman tadika....budak-budak kan susah nak paham cerita sirah Nabi....tapi kalau diselitkan dalam nyanyian, insyaAllah semua boleh paham....even tak paham kesemuanya, tapi mampu ingat sampai ke hari nie....macam aku dulu, ada satu nasyid bunyi dia macam nie, 

Nabi kita namanya Muhammad
Ibu Nabi Siti Aminah
Ayah Nabi namanya Abdullah
Abdul Mutalib nama datuknya

Nabi dilahir di Kota Mekah
Hari Isnin dalam Tahun Gajah
Menerima wahyu di Gua Hira'
Nabi wafat di Kota Madinah

see.....kalau nak suruh aku ingat semua sirah Nabi dulu, memang aku tak ingat....tapi bila dah start menyanyi, satu-satu ayat akan aku ingat.....dan bila orang tanya pasal Maulud Nabi, boleh la aku bagitau apa yang aku tau....Islam itu mudah sebenarnya....Islam tak pernah menghalang sebarang bentuk nyanyian kecuali nyanyian yang melalaikan....jadi, akan aku praktikkan apa yang telah aku pelajari untuk anak-anak aku....insyaAllah


Salam Maulidul Rasul


*psttt....esok aku balik kampung....cuti lama, sampai Isnin....dont miss me ya*
T_________T

Boboiboy


Koleksi Boboiboy Haiqal
baru ada 3 ketoi....Ying, Boboiboy Merah, Boboiboy Kuning....aku tak tau nama boboiboy nie....tapi aku tau ada 3, sebab penah terbaca iklan kat Petronas....angin, tanah dengan petir eh??? ka kilat??? angin??? air??? 
entah...hahaha
Haiqal tak pandai sebut boboiboy lagi....dia cuma boleh sebut 'boboiiiiiiiiiii'...hahaha....lagi sikit 'boi' tak terkeluaq.....jadik boboiiii ja......apa-apa je la Haiqal....asalkan dia boleh beza ni boboiboy, ni upin ipin....ada lagi 3 ketui tak beli lagi....Yaya, Gopal dengan lagi satu boboiboy....tapi bukan aku yang angkut menatang nie.....aku kalau singgah Petronas, kalau Haiqal dah dok meniti kat rak patung-patung nie, aku buat deeekkk ja....setakat nak belon pat ringgit sembilan kupang, aku layan....kalau patung boboiboy sampai sembilan belas hengget....TAK LAYAN!!! aku kan kejam.....siap ambik dari tangan anak, letak balik kat rak....pastu buat ayat kaver line, 'nanti datang beli dengan papa eh'....supaya tak malu dilihat orang....kahkahkah...curlassss kau jah....
laki aku kadang anak tak mintak pon, dia balik rumah bawak balik ja....bagi dia, untuk anak...tak salah pun nak berkorban...aku memang tak kisah kalau tu bukan duit aku.....so, beli je la banyak-banyak....kalau Zara, dia masuk mulut ja nie...tangan, kaki, kepala....pastu nangis bila terkena mata....dak pun terjatuh dari tangan dia, dia nak ambik balik tak dapat.....Zara kan gedebab, mana dia nak nampak menatang nie...habeh lindung ngan badan...hahaha

Koleksi Kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI)


























































aku bukanlah pengikut setia Ustaz Azhar Idrus nie....tapi ayat-ayat dia yang tepat + padat, kadang-kadang buat aku terpanggil nak tengok, nak cari, nak korek apa yang patut pasal UAI...apa pon, terbaekkkkkkkkkkkk

just untuk sharing

credit to : google  ;)

21 Januari 2013

Malee Classic Seafood

Sapa penah makan kat Malee Classic Seafood??? sedap tak??? kalau tanya aku.....SANGAT sedap!!! serius tak tipu.....Maless Classic Seafood ni betul-betul depan KPJ Kajang.....agak-agak makan banyak sangat, pastu pening kepala nak muntah or terasa kena keracunan makanan, lintas je jalan pie KPJ Kajang depan tu.....tak yah susah-susah nak pie klinik jauh-jauh....*hover kemain aku nie* ;)

first time makan kat sini, kawan laki aku bawak....aku dah la lapaq tahap gila, boleh pulak tunggu order sampai 1 jam baru sampai...hoih, baru nak tangkap ikan ka apa??? pastu terus beletiaq kat laki aku pasni tak mau mai dah....tobat tak mau mai dah....tapi, pie jugak...kalau balik dari KL, kompom sini la tempat kami isi perut....sebab SEDAP!!!letih berjalan tu tak terasa bila kena makanan kat sini....punya la sedap aku nak habaq...hahahha....

menu kat sini macam-macam....siap ada Set 1, Set 2 dan lain-lain......ada harga sekali....set 1 untuk 4 orang makan kalau tak silap, harga dalam RM96....ada ikan, tomyam pa sume.....baru-baru ni kami try set 2, RM100.....kemain sedap...dah la time kami pie tu cun-cun Maharaja Lawak Mega Final....memang penuh la orang....tapi kan, tak dak lambat sangat....maybe yang first time kami pie tue, order tak ikut set....tu jadi lambat...so bagi sesapa yang terasa nak makan kat Malee Classisc Seafood ni, better ambik yang set untuk dapat cepat....ngehngehngeh....



Kailan ikan masin
sedap....terasa ikan masin berketul-ketul




Tomyam campur kot
sedap jugak
tak kedekut bahan....ada ketam, udang




yang ni aku tak ingat apa nama dia
tapi serius sedap
nak kata macam daging burger pon dak, rasa macam isi ikan
terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk




tengok ngeri sebab kaler merah menyala kannnn
tapi makan rasa nak nangis
sedap gilossssssssssssss
krap krup krap dalam mulut
rangup
terasa pedas, masam, manis
perghhhhhhhhhhhh
telan ayaq liuq aih




see
hat ni pon sedap
depa ni guna hantu apa ntah jampi aku suh puji
hahahaha




puyuh goreng
tak ingat rasa dia macam mana
laki aku perabeh
yela, adik-adik aku tak makan puyuh
aku ni tak sempat nak menikmati makanan sebab Zara mengamuk


Disebabkan makanan kat sini semua sedap, Zara mengamuk macam mana sekali pun aku sanggup jugak pie.....aku tunggu dalam qeta pon tak pa....bagi Zara susu, time dia dah ok, adik aku pulak ganti jaga si kecik tu.....then agak-agak dia mengamuk balik, aku lari masuk qeta balik.....ni la rutin harian aku...selagi anak tak besaq....berkorban apa saja

jadi, bagi sesapa yang dah ketandusan idea nak pie makan malam kat mana yang best, cubalah kat sini....aku sangat syorkan  ;)

terbaekkkkkkkkkkkkkk

Zara Demam ;(


budak ni demam 
mula-mula jangkit selsema dari Haiqal
ni dok tak dok badan dah dedar-dedar
semalam pegi The Mines, teman bapak bebudak ni mencari hp
mengamuk si kecik nie
nak tidoq, tapi nak menyusu
dah menyusu badan, tak kan la aku nak selak baju merata alam
duduk la aku kat surau tue
dah la suara budak nie kemain kuat
kelam-kabut mak kau ni nak

demam nak boleh akai baru kot
yela, 2 hari lagi cukup 5 bulan
dah besar kan anak mama nie
semoga cepat sihat

T_____T

17 Januari 2013

Alololololo.....suweeetnyeeee


alolololo....suwetnye laki bini nie.....kalau aku pun bukan setakat terharu, malah bersyukur sangat-sangat bila orang yang kita sayang dalam diam dia menyokong kita belajar, malah mendoakan yang terbaik masa exam....

aku ni dah tempuh 4 kali final.....quiz + test tak terkiralah berapa banyak dah aku ambik.....tapi setahu aku tak pernah pun laki aku nak bangun, duduk baca Yassin kat bini dia....yang dia tau, 'buat exam elok-elok, gud luck'....tu pun bila aku yang start wassup dulu yang hari tu aku ada test, quiz bagai.....kalau idok, tak de maknenyelah!!!!

last paper baru ni, lagi aku bengang....aku dah la exam pagi.....malam tu kompom-kompom la aku akan spend time untuk study, nak pulun apa yang patot last-last minute, mana tau kot ada yang termelekat kat kepala otak....laki aku boleh pulak keluaq lepak, sampai ke subuh.....dia ingat dia tu bujang kot....tak dak anak bini.....aku tak pernah nak larang dia nak melepak ka apa, tapi bertempatlah....aku dah cakap, kalau hari aku ada kelas, exam....malam tu tolong la spend time kat rumah ja....sebab aku nak study...boleh la dia tengok anak....ini takkkkkkkkkkkk....buat macam tak dak benda...aku call, tak jawab....bila wassup, cakap dah otw....pastu taakkkkkk jugak nampak batang idung sampai ke sudah....anak-anak aku pulak bukan dia paham mak dia nak exam ka apa....kalau dah terjaga, nak beriba, nak susu, tak kan aku nak biaq kot.....tension gila aku time tu....memang study tak masuk apa dah....masa aku keluaq rumah nak pie exam baru terhegeh-hegeh nak balik...elok la buat perangai macam tu....aku jawab exam pun ntah apa-apa ja...yela, penangan derhaka kat laki....kalau result aku sem ni kantoi memang sebab laki aku....hishhhhh, geram aih!!!! *urutdada*

SUWEEET KAN LAKI MAK!!!

16 Januari 2013

Usah bercinta dengan ISTERI atau SUAMI ORANG!!!


Bagi mereka-mereka yang berniat, sedang dan telah buat, meh kita renung-renungkan bersama, apakah implikasinya terhadap semua dan diri sendiri....Nauzubillah


Usah bercinta dengan isteri atau suami orang



CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka". (Maryam, ayat 96). 

Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan. 

Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."

Haram, harus dan makruh

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa. 

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain. 

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari). 

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang. 

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh. 

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak. 

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak. 

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada. 

Faktor pencetus cinta yang salah

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. 

Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang. 

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada. 

Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih. 

Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya. 

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama. 

Hindari cinta salah

Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan. 

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. 

Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri. 

Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian. 

Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya. 

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi. 

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda. 

Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.



********************************************************************************************************************************

Sekolah Haiqal ~ Alamria Kids Putrajaya ~


Alamria Kids, Presint 9, Putrajaya

Kawan-kawan, ni la school Haiqal......dekat ja dengan rumah....kalau nek qeta + que traffic light, dalam seploh minit sampai la.....kalau pagi tu rezeki semua lampu ijau, 5 minit je dah sampai......tapi kalau jalan kaki, ditambah pulak dengan mengah, semput, tergeliat urat kaki, dalam 30 minit.....tak penah try lagi....kalau boleh, tak mau try langsung....muahahahahaha


Alhamdulillah, dah 2 minggu lebih Haiqal pegi school nie.....so far, ok la....even tiap-tiap hari hantar, nangis.....balik petang pon, nangis lagi siap kena peluk-peluk dulu dalam qeta, aku biar je lah....malas nak manja-manja sangat....masa first day aritu, aku pie hantaq dengan laki aku.....aku sampai ja depan school, terus pass kat cikgu....aku bagitau la kelas mana apa semua, nanti sapu losyen dekat tut tut Haiqal sebab Haiqal ni kulit kadang jadik merah-merah, terus aku blah.....Haiqal dah meraung bila teacher dukung....laki aku dok tercegat depan pintu school tu....tunggu teacher keluar....bila nampak teacher, terus tanya 'macam mane, nangis tak?'...hahahaha...dah tentu-tentu la budak tu nangis....first day kot....eeeeh, tak yah cakap banyak la....aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu....masa aku umoq 4 taon....tiap-tiap hari aku ikut mak aku  hantaq kak aku pie tadika....tiap-tiap hari, okeh....jalan kaki terkedek-kedek....pastu bila aku masuk 5 taon, aku pulak mak aku hantaq pie tadika yang sama dengan kak aku tu.....first day aku pie, bukan main meraung macam anak kehilangan mak.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...menjerit-jerit.....siap tak mau masuk kelas....duduk tepi dinding tadika tu....sampai cikgu kena kunci la pintu pagaq, takot aku lari....mak aku rilex ja, hantaq aku, terus blah...yela, kak aku pon ada kat  tadika tu jugak...apa nak susah ati.....pastu bila aku dah diam, dah tak dak kederat nak menangis, meraung, menjerit macam sakit-sakit....cikgu panggil masuk kelas....time cikgu panggil nama nak bagi name tag (zaman dulu name tag guna qetas kaler-kaler tu ja, cikgu buat petak, tulis nama...pastu letak pin kecik, lekat kat baju budak), cikgu sebut, 'sapa nama nurul husna, angkat tangan'....aku buat deeekkkkkkk ja.....kemain sentap la ahkak time tu....siap jeling-jeling cikgu lagi.....muahahahaha....ni bila dah time aku pulak nak hantaq anak pie skolah, aku nak sentap tengok anak nangis meraung??? idok laaaa...cukup la setakat aku dulu....peace yo!!! 

laki aku punya cerita pun best jugak...jarak laki aku ngan kak-kak + abang ipaq aku, makan belas-belas tahun jugak....dalam 13 tahun kot.....bayangkan kak-kak dah sekolah menengah baru dapat adik...jadi manja sikit la....tapi manja pun, tetap kena kayu jugak....laki aku cita, arwah mak dulu, setiap masa pesan.....'nanti kalau pie sekolah, cikgu tanya nama apa, cakap zulfahimi'.....tiap-tiap masa....sampai lani la laki aku ingat....hahaha...orang tua, tak penah lekang dengan nasihat untuk mengingatkan anak-anak....

tu pengalaman mak pak Haiqal.....Haiqal nanti boleh baca blog mama kalau tak ingat kisah first day kat school tau...mama kan poyo   ;)



nampak tak sorang pakcik tengah angkat tangan tu.....yeah, tu la pak guard kat school Haiqal.....dia akan jaga lalulintas time parents hantar anak-anak.....sangat memuaskan hati...yela, school ni tepi jalan.....banyak kereta lalu-lalang....jadik, bagi menjamin kelancaran lalu lintas, pengetua hire sorang safety guard.....sebab tu kena tambah lagi 20 hengget untuk yuran budak-budak taon nie.....aku ok je, sebab pengguna jalan raya macam aku ni kadang cuai...tak nampak qeta lalu dah kalut nak reverse, nak masuk opis cepat lah katakan.....bila ada guard yang bagi instruction, semua jadi smooth ja.....



aku rasa, kat Putrajaya nie tak banyak nursery yang hanya satu bangunan macam ni....boleh kira la kot 2-3 tempat ja ada...kebanyakan share samada bawah opis ka, bawah kuartes, ada yang rumah teres tu depa buat nursery, rumah kedai.....sebab tu bila survey nursery kat Haiqal, aku lagi suka yang nie.....yuran tu aku letak sebelah la.....aku pikiaq keselesaan anak aku dulu....


nampak dak lori kat dinding tu.....tu lori betul....ada sekali tu, aku pie ambik Haiqal....tengok tengah nangis....dia nak kan lori tu....sapa nak bagi...teacher pon tak mau layan.......yela, lori tu untuk decoration je pon.....si awang ni ingat mainan.....balik tu terpaksa la pusing pie Petronas, beli belon kat dia...baru senyap....dah pandai dah lani....menjerit kalau tak dapat benda yang dia suka.....pandai dah baling barang kat muka mak bapak dia.....aku kalau lebih-lebih, kecik besaq memang kena la....nyit sikit, bagi dia paham benda tu tak elok.....aku kan kejam....nak lembut sangat-sangat pon tak leh, kang lemak.....


hantar nursery ni orang cakap ada pro's n con's....betul, aku tak tipu.....yang pro dia, anak kita boleh berdikari.....pandai makan sendiri, nak minum sendiri....macam Haiqal sekarang ni, kalau sepah-sepah mainan, bila aku suruh kemas, dia okei ja....kutip balik mainan boh dalam bakul.....kalau cakap pie ambik towel, cepat-cepat masuk bilik cari towel dia....pastu kalau dah berak, dia akan lalu 2-3 kali depan toilet....nak cakap tak pandai lagi...yang paling best, Haiqal dah tidoq malam macam kanak-kanak normal yang lain...yeay!!! hepi tengok dia lena, bila bangun dok senyum....sebab puas tidoq kot....pastu bila sebut ABC, cepat-cepat ja lari pie tunjuk ABC kat dinding...makan pon dah lalu....menyusu la pulak dah kurang...tak pa la, asalkan lalu makan.....yang tak berapa nak best pulak bila hantaq nursery ni, batuk + selesema....senang sangat berjangkit....Haiqal baru duduk 2 minggu lebih, dah kena batuk + selesema....kak aku ada pesan suh cari multivitamin yang ada pro biotik ka apa tik ntah, nak bagi antibodi kuat....aku la asyik lupa...makan semut banyak sangat...;)
tapi hari tu, masa aku hantar Haiqal, aku tengok ada sorang teacher ni berdiri dekat pintu masuk sambil pegang termometer....pastu dia cek suhu budak-budak yang baru masuk tu....kira ok la kan macam tu....tak pa Haiqal, malam ni kita pie cari vitamin Haiqal eh...


teacher-teacher kat sini semua okei-okei.....teacher Haiqal nama Teacher Rini....hai teacher.....teacher ni la yang dok ajar Haiqal macam mana nak bagi Haiqal tak isap puting....jenuh sorok dalam beg....asal balik school ja, nangis nak puting....kat school teacher tak bagi....time tidoq baru teacher bagi....pastu depa cabut balik....Haiqal masuk qeta, beg dia la dia capai dulu....nak cari puting....jenuh la hai....siap kadang tu aku tengok, teacher buat tangan 'no no no' lagi kat Haiqal, punya tak mau bagi isap....tapi dia fedulik hapa, masuk qeta, nyot nyot nyot jugak....tak pa la, baru setaon lebih....masuk 2 taon ngengada macam tu jugak, SIAP!!!

bagi parents yang teringin nak hantar anak ke Alamria Kids nie, boleh je add fb alamria kids.....school ni open untuk baby seawal 3 bulan - 3 tahun, 4,5 & 6 tahun, transit + kelas mengaji....macam Haiqal, kelas dia campur budak 1 tahun - 2 tahun....bagi yang tak dapat nak cari fb school ni, boleh ja emelkan apa-apa pertanyaan ke : alamriakids@yahoo.com.....agak-agak susah sangat nak online, call je lah terus : 03-8881 1151...banyak aktiviti students yang pihak Alamria Kids upload kat fb....aritu nampak gambaq Haiqal, tengah bersandar kat dinding kelas dengan kawan-kawan...T___T

jangan risau, school ni bersih....dah la comel-comel je decoration, pastu kaler maler pulak tu....teachers ok, pengurusan pon ok.....yuran pon OK...tak silap berbeza harga bagi tiap-tiap peringkat umur kot....tapi kalau betul-betul nak hantar, kena grab cepat...sebab takot penuh....aku dulu sebelum balik berpantang kat kampung aku dah book siap-siap untuk Haiqal....tengok la tahun depan macam mana, kalau waktu study aku tak membebankan, boleh la aku hantar Zara kat sini jugak....Zara pon dah setaon lebih time tu, boleh la kot apak dia yang jaga time aku ada class...







gambar balik school minggu lepas....first time ambik tapi tak nangis sebab teacher dah sumbat puting siap-siap..hahaha...bila cakap nak tangkap gambaq, terus bangun peluk kusyen....alololololo, anjer sangatlah tu konon-kononnya

sayang abang ketat-ketat....muahhhhhh








Bubur Cha Cha



My breakfast today....korang breakfast ape???
Gigih tau ai masak semalam...bangun pagi tadi tengok habis semua kembang seperiuk....hoihhh,tensi mak tau.....pastu tambah balik air....dah nak kena sukat gula garam bagai....kalau tak boh takot tawar la pulak....1st time ai buat bubur ni okeh....even rasa tak sesedap mana, tapi kenyang jugaklah makan bubur cha cha yang kembang semangkuk seperiuk....burpppp, alhamdulillah

14 Januari 2013

rumah oh rumah

sejak-sejak pas exam ni, semangat nak mencari rumah idaman makin membuak-buak.....tapi jauh kat sudut hati kalau boleh nak jadi Putrajaya residence....hurmmmm, mungkin tak kesampaian lagi kot nak beli rumah Putrajaya.....mahal kot....cuma tumpang hepi dekat kawan-kawan yang dapat offer umah Pr1ma tu.....even rumah apartment, tapi rumah dalam Putrajaya.....kalau aku pon nak jugak.... ;)

yeah, misi mencari rumah perlu diteruskan....kang masa kedepan harga makin mahal, tapi rumah ceconet je ha.....sementara slip gaji boleh bernapas lagi ni, meh kita terjah mana yang patot....tengah survey area Salak Tinggi, BBST, Dengkil...tapi macam-macam tu ja la....tak secara serius....harap-harap ada yang sesuai dengan apa yang aku nak....dan sesuai jugak dengan monthly installment nanti...kihkihkih

nak cari rumah area Kedah, takot kang aku tak balik sana.....nak cari area sini, tercungaplah jawapnya....tengoklah dulu....kena survey betul-betul....pinjaman rumah bukan macam pinjaman kereta, 9 taon dah habeh bayaq....ni makan 30-40 taon....huihhh, ngeri....apa pun, semoga dipermudahkan oleh-Nya..sesapa yang ada contact number untuk rumah ni, tak kisah la area mana, inform eh...
T____T














dah-dah....stop dreaming husna....tak de nak lulus punya loan kalau nak beli rumah cenggini....kalau kat kampung, insyaAllah boleh dapat...kalau kat sini, alamatnya tengok rumah orang jelah....tapi aku suka suka sukaaaaaaaaaaaaaaa!!!!