30 Jun 2010

Antara Dua

Wah, tengok tajuk pon dah rasa cam konpius kan kawan2...."antara dua"...hurmmmm, nk pilih yg mana ha? huhuhuhu

Alhamdulillah, dugaan kesedihan yg Dia turunkan kpd aku, disertakan dgn berita gembira nie..aku dapat offer keja baru, Penolong Pegawai Tadbir...tp org lg suka panggil EO je....Ari tu masa kuar result, aku cuma calon simpanan ja...ni tup2, adik call dr kampung gtau dh dapat offer letter dr SPA, suh aku p kursus kt INTAN wilayah Utara....

Alamak, apa nk wat ek...mula2, aku rasa better aku stay je ngan jawatan sekarang...yela, dulu gred 17, skg ni dh upgrade jadik 27...kira berbaloi jgk la dgn segulung diploma yg aku dapat nie...masa mula2 mintak jawatan EO, jwtn skg ni x dengar berita pon nk upgrade...bila dh p interview, baru dpt tau, tu pun x konpom g...ni dh selesa ngan jawatan ni, keja ni, bos ni, ada rezeki baru...
Kalau korang kt tempat aku, yg mana nk pilih ek....ok2, meh cini aku senaraikan pro n kontra 2-2 jawatan yg aku dpt ni....korang tulun pilih ek mana yg korang rasa ok...

Jawatan sekarang = Setiausaha Pejabat gred N27
- keja senang, cuma jaga bos je...jaga diari bos, jaga appoinment, taip surat, rekod surat...ala, suma keja PA la...
- bos yg saaaaaaaaaaaaangaaaaaaaaaaaatttttttttt sporting buat aku lagi selesa ngan keja ni
- keja x banyak, leh lagi update blog n lepak2 klu bos g meeting...he3
- gaji pon lebih sket
- cuma, skop keja ni kecik la...keja cuma dengan bos, jd org tengah utk bos n pegawai lain...
- jangka masa utk nek pangkat plak lama...huhuhuhu

Jawatan di offer = Penolong Pegawai Tadbir gred N27
- melalui interview aritu, keja ni memerlukan komitmen yg lebih besar...jadi org tengah antara bos dan pegawai bawahan.
- keja, mungkin banyak n x mungkit sikit...huhuhuhu (depend jabatan mana, n position kat mana)
- terpaksa berhadapan dgn pelbagai gelagat staff
- mungkin kena attend meeting dgn bos2
- mungkin kena amik minit mesyuarat
- tp yg beshnya, jawatan ni leh kata mcm bos jugak...bos kecik sbb leh sign surat...muahahahaha
- skop keja yg luas, jangka masa utk nek pangkat lebih cepat kalau pulun time exam...
- blh menambahkan skills berkomunikasi
Hurmmm, apa pendapat jue? eh, silap...ingat iklan anmum td...hik3....so, apa pendapat korang??? which one better ha??? plzzzz, help me make a right decision 4 my future...


 

21 Jun 2010

Sekadar uTk rEnuNgaN

Aku ada terbaca emel ni yang tlh di fwd ke emel yahoo aku...n skg ni aku saja nk share dgn kawan2, dgn semua...hanya utk tatapan dan renungan...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu

dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya

Islamik yang lain.



Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar

seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat

dingin dan hujan mulai turun.



Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"



Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"



"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"



"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika

hujan turun"



Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca

sebegini"



Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"



Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada

anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"



"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.



Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan

risalah itu kepada penghuninya.



Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada

pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih

ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.



Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula

mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di

rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar

dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun

sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,

mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil

keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.



Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"



Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat

sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya

hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling

bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.



"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut



Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak

menyatakan sesuatu"



Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini

yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk

pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.



"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi

saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap

anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu

lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba

loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa

pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi

lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".



"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"



"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf

saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan

makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah

yang saya dengar".



"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu

dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang

hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

Aku tak perlukan itu lagi".



"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi

hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini

dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat

kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada

selama-lamanya di dalam neraka"



Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang

berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!



Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya

yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.



Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah

yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang

sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.



Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada

makhlukNya yang penyayang



16 Jun 2010

Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini

Rasa dh lama aku x jengah blog nie...al maklum la, keadaan x brapa mengizinkan...Pendarahan yg aku alami semakin menjadi2...arini dh masuk ari ke 10, x stop langsung bahkan semakin byk...aduyaiii, takut aku..


Pg td, aku lewat bgn...x tau la pasal apa, nk kata tengok bola, dak jugak...hurmmm...tau dak pukoi brapa bangun??? 7.30 pagi....heheheheh...subuh ke mana, opis ke mana...


Nak dijadikan cita pulak, bila aku nk p mandi, tengok2 ada ketulan darah kat pad yg aku pakai...Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu...aku dh jd 50/50...so, aku siap2, gerak hubby, ajak pegi hospital putrajaya....masuk kali ni, dh kali ke2 aku p emergency department.. tp kali ni, sat ja...x sampai 10 minit, nama aku dh kena panggil...mybe sebab dh kali ke2, n aku makin teruk...n mungkin jgk Allah nk tolong hambaNya yg lemah ni...


Bila jumpa doc, mcm besa, aku kena scan...nk tengok bb mcm mana...Alhamdulillah, doc ckp bb membesar sikit dr minggu lepas...hanya Allah ja tau perasaan aku masa tu...ye la, ari isnin ari tu aku ada wat checkup kt hospital private...doc ckp bby aku x besar, malah kantung janin dh jd leper...n kemungkinan aku keguguran...
tp lain pulak bila p hospital gomen...huhuhuhu...apa pon, aku bersyukur sangat2...doc bg rest utk 3 ari...n result dia, 50/50 jgk...keep rest n mkn obat je jwpn dia...next week, aku ada lagi skali appointment...harap sangat Allah mudahkan perjalanan hidup aku dan bb... Aminnnn...


So, utk kwn2 yg ada plan nk peknen, meh kita share pengalaman sepanjang aku peknen ni...mungkin leh jadi panduan utk semua :

Panduan semasa mengandung (awal kehamilan)

1. Banyakkan rehat...kita x tau kandungan ni sensitip or x, klu yg ok, melompat mcm mana    pon x jd apa...tp  klu yg sensitip, angkat benda yg x brapa berat pn leh bleeding jugak..

2.  Makan ubat...slalu doc akn bg folic acid (utk kuat janin) + vitamin badan...makan ikut arahan...

3.  Makan makanan berkhasiat...contoh spt susu (kalsium), tomato, pisang (asid folic), ikan, daging, ayam (sumber protein) , nasi, roti (karbohidrat)...klu nk senang, try search pemakanan semasa peknen...sure kuaq jadual dia...

4.  Baca Al-Quran or dengarkan bb dengan surah2 Al-Quran...ada beberapa surah yang slalu diamalkan sepanjang tempoh peknen ni...antaranya adalah Surah Yassin, Surah Yusuf, Surah Maryam n Surah Luqman...nk lagi elok, biaq kita sendiri amalkan membacanya, ye...

5.  Banyakkan makan buah-buahan..byk buah yg elok time peknen ni...contoh pisang, epal, kiwi, betik..

6.  Elakkan makanan yg tajam....bukan tajam apa, tp sifat dia...contoh nanas...uih, jgn la sentuh...bahaya ooo.Tebu pon kena elakkan, air gas pon sama...jgn nti skit2 nk air coke la, pepsi la, 7 up la...no no no...okei

7.  Jgn cepat tension, sedey ka, emo2 ka...cian bb...nti bb yg lahir takot pulak terbawak2 emosi kita time peknen ni...Utk para BAPA, jga isteri elok2...jgn biar wat keja berat, jgn marah2, jgn bg isteri sedey, ye...

8.  Ha, bab ni pon kena jga jugak...elakkan bunuh binatang, tangkap binatang ka, pukui ka...apa2 je la...takot 'kenan' kt anak...kesian anak tu nti...contoh mcm my sister sndiri...abg ipar tringin makan ketam...then  boleh pulak dia sndiri p tangkap ketam tu, kat mana pon tatau...bila ank lahir, jari tangan kanan dia, kat ibu jari lebih 1...dh mcm sepit ketam...so, elakkan lah selagi boleh...kalau nmpak benda pelik2, yg x penah
    tengok sblm ni, byk2 istighfar....Astaghfirullah alazim

9.  Amalkan doa-doa sepanjang kehamilan...beli la buku doa, ada doa2 tertentu yg elok kita amalkan...
     Tambah2 yang nk dpt ank soleh, anak sempurna, ank yg dengar cakap, dan sebagainya...usahakan ye

Setakat ni dulu kot pengalaman yg kita leh share...harap suma leh la wat panduan...hat rasa x brapa betoi tu, jgn la ikot...hehehhehe...~SHARING IS CARING ~

09 Jun 2010

Selamatkan dia

Arini dah masuk ari ke2 aku MC...not feeling well...aku n my hubby harap sangat xdak benda yg jadi, semoga semuanya berjalan dengan lancar...amiiiiiiiiiinnn 

Dah terlanjur aku post kan kt cini, meh aku share ngan korang sume info mengenai pendarahan semasa mengandung (spt yg aku lalui sekarang)..hopefully semuanya akan jadi normal spt kandungan yg lain...

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

07 Jun 2010

Sentuhan Pertama

Bertepatan dengan tajuk aku ' Sentuhan Pertama ', meh cini aku nk describe sket...Utk pengetahuan korang, sentuhan pertama ni bukan sentuhan malam pertama tau...ahakkkkssss...aku cume nk cite, nie la 1st time aku create blog...aku mula berjinak-jinak merpati dengan blog ni utk mengisi masa lapang aku kt opis yang sememangnya lapang...muahahaha (bos aku ada je, tp aku xde keje...ampun bos kalau baca nie)
So, dh nama pon sentuhan pertama, nampak gayanya byk benda la yg aku nk kena explore...kalau korang nk tau, aku dh draft post nie, tetiba lak hilang masa aku preview...kan dh kena cari idea len nk post...(tengok, nampak sangat aku x tau pasal menda nie)...
Aku nk tukar layouts, bila dh cari, lain pulak jadinya...nk letak gambar, kecik la pulak...mcm2 hal...nk itu, nk ini, dengan tenet yg lembbbbssss, membuat aku menjadi seorang yg penyabar di pagi isnin yg mulia ini....
Ape pon, kepada korang yg sudi membaca bebelan aku ni, aku ucapkan time kasih...kpd my hubby yg give me full support, thanx honey....
Semoge korang x muntah la ye membacanye....(",)