eh, jap-jap.....sembelit nie tak sama ka ngan buasir??? konpius aku...
tapi kan arini aku bukan nak cita pasal apa pon, cuma aku nk tanya, kalau ngandung slalu kena sembelit eh???
wah, tetiba je aku rasa nak tau sangat pasal sembelit ni apa kes??? apa kes???
itu sudah semestinya kes diri senirik.....uhuk-uhuk
;(
sapa rasa geli nak baca, sila pie berblogwalking kat tempat len....muaahahahahaha
al-kisahnye....baru-baru nie, malam ahad lepas kot....aku kalut2 nak pie lepak kat mamak depan umah nie, pekena ayaq teh ais or roti canai gak, rasa cam terbaekkk la pulak kan kalau pie lepak tengah-tengah malam...oh ya, aku makan murtabak daging, share ngan laki aku....sedaaaappp kot....so, sesapa yang rasa nak makan murtabak daging yang skali hiris memang nampak daging, sila pie mamak depan umah aku tue na.... >_<
tesasar cita la pulok...hehehehehe
macam nie....sebelum kuaq umah, aku kena pie toilet dulu....besa la ibu mengandung, bila si kecik dalam perot nie tekan-tekan pundi kencing mak dia, maka dengan itu cepat-cepatla carik bilik nombor 2 ye kawan-kawan...
pastu kan, masa aku nak flush tue, aku ada nampak titisan darah....fresh lagi dalam bowl tue...dan-dan aku takot....macam-macam mai kat kepala...
'bleeding ka aku?' tak kan jadi cam dulu kot masa gugur tue...
'x kan baru masuk 7 bulan dah nak beranak?' tak rasa sakit apa pon
ish, macam-macam la aku pikiaq....tak terpikiaq pon pasal sembelit bagai nie....dan-dan takot...huwaaaaaaaaaa, xmo2.....
pastu terus panggil laki aku....dia ingat aku melawak...helooooo, bab nie tadak dalam kamus nak melawak okeh....
dia pon takot, muka dah len dah...yela, kami kan penah merasai kehilangan taon lepas....kalau boleh taon nie tamao dah la..... sobsobsob
pastu laki aku tolong cek...dia cakap sembelit kot...sebab aku cakap tengok kat panties xdak darah....tapi area belakang tu cam bertompok darah yang tak brapa clear...
fuhhhhh, lega.....dan-dan la dia cakap aku ni macam orang tu la, orang nie la....yang mana penah kena sembelit....laki aku la advise suh makan itu, jangan makan nie....sembelit takpa, jangan terkuaq semua dah la....huhuhuhu
pastu nak kuaq makan pon dah cuak....laki aku ajak nek moto ja, nak duduk atas moto pon aku pikiaq 2-3 kali....satgi terkuaq lagi banyak, macam mana??? muahahahahaha...tak logik langsung,kan.....nie la aku....takot tak abeh-abeh...hehehehe
itu je la kisahnya....tadi saja aku cari info bab sembelit nie....so sesapa yang rasa dah terkena sembelit, sila lah tatap info kat bawah nie na...
Insiden berapa kerap seorang wanita hamil menghadapi sembelit ialah sebanyak 40 peratus yang mana kebanyakannya berpunca daripada kekurangan pengambilan fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian.
Secara perbandingan, bermulanya makanan disuap ke mulut hingga pengeluaran najis melalui beberapa proses yang memakan masa yang agak lama. Pergerakan makanan karbohidrat melalui keseluruhan usus kecil memakan masa 75 minit bagi orang normal, tetapi hampir dua kali ganda iaitu 140 minit bagi wanita hamil.
Pergerakan makanan melalui usus besar mengambil masa yang lebih lama, dan daripada bahagian akhir usus besar ke luar tubuh melalui dubur memakan masa berhari-hari.
Sembelit selalunya berlaku pada peringkat trimester ketiga iaitu pada usia kandungan tujuh bulan ke atas yang mana pada peringkat kandungan semakin membesar boleh menghimpit rektum yang terletak betul-betul di belakang rahim.
Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy, berkata kejadian sembelit dipercayai berlaku disebabkan oleh dua faktor membabitkan perubahan hormon dan tekanan rahim yang semakin membesar ke atas rektum.
Katanya, bahagian akhir usus iaitu rektum boleh diumpamakan sebagai sebiji belon yang mana pengeluaran najis boleh tersekat akibat penekanan ke atas jalan keluarnya oleh kandungan yang membesar.
Sementara itu, hormon progesterone yang meningkat memperlahankan pergerakan otot licin di seluruh tubuh termasuk rahim, usus dan pundi kencing.
“Di dalam usus, relaksasi ini membawa kepada pergerakan yang lebih perlahan dan mengambil masa yang lebih panjang berbanding sekiranya tidak hamil. Pergerakan usus yang perlahan ini memberikan kesempatan yang lebih lama untuk badan menyerap air dan garam galian daripada makanan yang melalui usus dalam perjalanan untuk dikumuhkan.
“ Ini menyebabkan najis yang terhasil lebih kering dan keras. Keadaan ini sama seperti individu yang gemar ‘bertangguh’ membuang najis menjadikan ia semakin mengeras. Keadaan berkenaan menyebabkan najis menjadi padat, keras dan terlalu sukar dibuang melalui dubur yang secara relatif lebih kecil, menyebabkan rasa sakit ketika membuang najis. Sebenarnya tabiat pembuangan air besar ketika tidak hamil dan sebaliknya tidak sepatutnya terlalu berubah.,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sembelit boleh membawa kepada beberapa komplikasi. Komplikasi sembelit yang kerap berlaku ialah berak berdarah akibat buasir atau akibat luka pada tempat pembuangan air besar yang dipanggil anal fissure.
Buasir mudah berlaku pada wanita hamil kerana peningkatan tekanan intra-abdominal akibat rahim yang membesar dan pengembangan saluran darah pada bahagian rektum akibat relaksasi otot licin disebabkan hormon progesteron.
“Sembelit memburukkan lagi keadaan seseorang yang menghidap buasir dengan meningkatkan kemungkinan pendarahan buasir dan kejadian buasir terkeluar daripada dubur dan sakit. Ada perbezaan yang agak ketara antara pendarahan disebabkan buasir dan pendarahan disebabkan luka pada dubur.
“Pendarahan daripada buasir berupa titisan darah selepas najis keluar, sementara pendarahan daripada luka pada dubur berupa calitan darah yang melekat pada permukaan najis. Anal fissure boleh disertai rasa sakit atau gatal yang mungkin disebabkan jangkitan kuman,” katanya.
Beliau berkata, buasir yang terkeluar daripada dubur boleh menyebabkan rasa sakit sehingga sukar duduk dengan betul, terutama jika ianya besar. Jika kecil, buasir boleh dirawat dengan memakan ubat saja, tetapi jika besar, mungkin memerlukan prosedur untuk menolaknya masuk semula ke dalam rektum. Ini memerlukan pesakit diberi bius semasa prosedur tersebut dijalankan.
“Buasir luaran cenderung kepada gejala sakit, pedih dan gatal. Andainya ia tersepit, bekalan darah ke saluran ini akan terhalang yang mencetuskan kesakitan berganda. Uniknya kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku serentak.
“Begitupun, buasir tidak akan berlaku mendadak kerana prosesnya berlaku secara berperingkat. Tahap pertama barangkali hanya rasa gatal dan sakit tetapi jika tidak dirawat ia akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan,” katanya.
Realitinya sembelit dan buasir tidak dapat dipisahkan sekiranya membicarakan mengenai kesukaran membuang air besar kerana ia ada kaitan memandangkan sembelit keterlaluan boleh mengakibatkan buasir.
Apa yang menjadi kebimbangan apabila seorang wanita hamil berhadapan sembelit hingga membawa kepada buasir yang keterlaluan, rawatan buasir itu mungkin akan memberikan kesan kepada kandungan kerana memerlukan bius.
Penggunaan bius boleh membawa kepada keguguran atau kelahiran pramatang, bergantung kepada tahap kehamilan ketika prosedur dijalankan .
Katanya, sembelit masih boleh menjadi masalah pada dua hingga tiga minggu selepas bersalin dan pada peringkat itu adalah penting untuk meminum air secukupnya serta memakan makanan berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
Ubat seperti laktulos yang melembutkan najis, adalah selamat untuk diminum bagi mengelakkan sembelit, sama ada ketika hamil atau dalam pantang.
Beliau berkata, tanggapan bahawa ketika berpantang, wanita kurang makan menjadikan pembuangan najis berkurangan adalah tidak tepat sama sekali, malah halangan mengambil banyak air dan makan sayur-sayuran ketika berpantang memungkinkan sembelit terjadi.
“Makan sikit tidak bererti najis sikit kerana ia sebenarnya bergantung juga kepada jenis makanan. Sekiranya mengambil makanan tinggi serat, isi padu najis menjadi banyak, tetapi lembut kerana manusia tidak boleh memproses serat (selulos) dan selulos menyimpan air di dalam najis. Serat antara cara paling berkesan menjaga kesihatan usus.
“Bagaimanapun, pengambilan teh dipercayai boleh menyebabkan sembelit kerana kandungan tanin di dalamnya boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan dan buktinya air teh boleh diguna untuk merawat cirit-birit dan bukan memudahkan pembuangan najis.
“Sembelit meninggalkan kesan yang kurang baik kepada wanita hamil kerana ia memungkinkan rasa perut yang tidak selesa, malah ada yang mengadu ia menyebabkan tubuh badan berbau dan pening kepala. Komplikasi akibat sembelit, seperti buasir yang teruk, boleh menyebabkan pesakit terpaksa menjalani prosedur rawatan yang memerlukan bius,” katanya

Tiada ulasan :
Catat Ulasan