27 Julai 2010

Nisfu Syaaban

Korang tau ke apa yg dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban??? Dolu2, masa zaman aku ngaji, aku dok hostel...sampai je tarikh 14 Syaaban, mlm tu Ustaz Mail konpom panggil suma budak hostel, pegi surau lebih awai...kena baca surah Yassin...bukan sekali, tp 3x...apa yang aku paham, ada jugak org kata, pada mlm ni, 'buku catatan' lama kita akan ditutup...n pada mlm ni jgk, 'buku catatan' baru akan di bukak...kira buku amalan kita la...sbb tu, org bila tiba je mlm nisfu syaaban, suma jd baik....konon bukak buku baru la...pstu, jadik hawaq balik...hahahahahaha

Tapi ada pendapat yg mengatakan jgn terlalu taksub dgn nisfu syaaban nie...jom sama-sama kita kongsi apa yang dimaksudkan dengan jgn taksub tu...

Berkenaan bulan Syaaban


SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban


Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :

Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.

Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.

Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan. Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik; membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan


Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:


Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.


Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.


Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.




Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:




Firman Allah di dalam al-Quran:


“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”


(Surah al-Mu’min, 40: 60)


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”


(Surah al-Baqarah, 2: 186)



Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.















Tiada ulasan :