Potong kuku ni ada adab2 dia....ada hari2 dia...bahkan dapat pahala...tengok, mulianya Islam, kan...senang je bg pahala kat kita ni...cuma kita ja mau ngan x mau ikot...kan2...so, dihari baik ni...aku terpanggil nk kongsi ngan korang cara potong kuku yang sebenarnya...sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Kat sini ada 3 cara potong kuku tangan n 1 cara potong kuku kaki...tp kalau korang ada cara potong yg lain, sila la kongsi2 yer....
:: Bilakah sunat memotong kuku?
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum kuku jari kaki.
:: Cara potong kuku jari tangan
Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!
-
-
-
-
-
-
-
Ha, ni cara potong kuku tangan ikut Imam Al-Ghazali...sebenornye, aku takut nengok gambau ni ha...gerun semacam je...tp wat pejam mate suda, nk share la katakan...huhuhu
Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.
-
-
-
-
-
-
Ha, yg ni pulak urutan ikut Imam Nawawi...tengok, gerun kan tangan dia....adoiiii, xpa2....wat tatau suda
Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.
Meh sini aku terjemahkan nama-nama jari dari bahasa Arab ke bahasa Melayu bg memudahkan pemahaman kita semua... (",)
إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk
وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis
خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.
Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!
-
-
-
-
-
-
-
Ha, ni yang last turutan ikut Imam Ahmad....
so, tangan sudah...kat bawah ni pulak ada cara2 potong kuku kaki pulak..
:: Cara potong kuku jari kaki
Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:
Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk. Paham x? okeh2, kita tengok gambau je la senang ek...nah nengok ni!!!
-
-
-
-
-
-
Cara potong kuku jari tangan dh kongsi, cara potong kuku kaki pn udah...skrg ni aku nk share hari yang disunatkan utk potong kuku...contohnya cam arini la, ari Jumaat...nk lebih jelas, scroll ke bawah :-
-
-
-
-
-
-
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
So kawan2, selamat memotong kuku spt yang disunatkan.... :)
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
~sharing is caring~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan