FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang dinanti-nantikan
di Malaysia akan kembali menemui anda pada tahun ini dengan menghidangkan
pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi
anda. Bertemakan 'Pesona Warna', FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan
pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam
taman-taman yang direka khas di Pesisiran Tasik, Presint 4 mulai 14 hingga 22
Jun 2014.
Selain mempamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran yang
dihasilkan 37 orang peserta antarabangsa dari 22 buah negara, pelbagai taman
bertema seperti Taman Raja Sehari, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi,
Taman Futuristik dan Taman Melawat Malaysia oleh agensi-agensi kerajaan,
badan-badan korporat, universiti dan sekolah turut dipamerkan. Tarikan
lain pula adalah Taman Di-Raja, Taman Tergantung, Taman Begonia, Taman Orkid,
Tea Party Garden dan Taman Inovasi.
FLORIA 2014 juga menawarkan segala
keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok
ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, perabot taman,
peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap menerusi Bazar
Tanaman dan Pasar Hortikultur. Justeru itu, lebih daripada 200
aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari FLORIA Putrajaya
berlangsung termasuk demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara
hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, pertunjukkan fesyen
Majalah Nona serta Floral Arts & Crafts yang dikendalikan oleh Perbadanan
Kraftangan cawangan Selangor.
Menjanjikan pameran yang menakjubkan dan ditambah dengan lampu
berkilauan pada waktu malam di Pesisiran Tasik Presint 4, FLORIA Putrajaya
dibuka kepada lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi -
10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah
malam (Jumaat hingga Ahad).
Layari laman www.floriaputrajaya.com.my / www.ppj.gov.my
/ www.putrajaya.gov.my / https://www.facebook.com/putrajaya untuk
maklumat terkini berkaitan FLORIA Putrajaya 2014!
Official Hashtag : #floria2014 #floria #floriaputrajaya
#flowerfest #ppj #putrajaya
Rebutlah peluang memenangi hadiah-hadiah menarik FLORIA 2014
menerusi fb: putrajayafloria, twitter & instagram!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan