10 Mac 2014

MH370...please come back

Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar
Sedih....hiba....terkelu....semua ada....semua serba tak kena....bila berita mengenai kehilangan pesawat MH370 ni Sabtu lepas, boleh katakan satu dunia memberi tumpuan kepada insiden ini.....dan aku tak terkecuali....even senarai penumpang tu  sorang pun aku tak kenal dan tak penah jumpa....tapi perasaan sedih tu tetap rasa macam kehilangan ahli keluarga....  ;(

Masa tau benda ni, aku otw pie Johor....ada member wassup...lepas tu mula la dapat berita itu ini....dan banyak spekulasi keluar daripada 'pakar-pakar' diluar sana....Ya Allah...tolong la faham sensitiviti ahli keluarga yang terlibat samada sebagai penumpang mahupun crew....jangan nak mempolitikkan isu-isu macam nie lagi....sapa kita yang nak judge...ada yang cakap dengar bunyi kuat lah....ada yang kata jadi tumpahan minyak lah....macam-macam...dan semua tu tak boleh dipercayai selagi tak dapat kesahihan yang sebenar...

Dalam hal ini, satu ja pertolongan yang kita boleh mintak....dengan Allah Taala...mungkin dia mahu menguji kita hamba-Nya yang lalai.....mungkin dengan terjadinya hal seperti ini rakyat Malaysia akan bersatu.....mungkin....dan mungkin....segalanya penuh dengan kemungkinan....



Ramai yang menunggu kepulangan MH370 dengan selamat



dan seluruh negara mula dengan bacaan Yassin dan Solat Hajat....semoga dipermudahkan oleh-Nya....Allah Maha Mendengar....Allah Maha Mengetahui.....Allah Maha Besar....hanya kepada-Nya kita bergantung harap....semoga Dia memakbulkan doa-doa yang dikirimkan oleh hamba-hamba-Nya....nampak sangat kita terlalu kerdil berbanding Yang Maha Esa  ;(




dan tidak terkecuali kepada negara-negara luar yang turut serta dalam operasi menjejaki MH370...aku semalam otw balik ke Putrajaya....tengok anak lena, aku gunakan peluang yang ada untuk sedekahkan surah Yassin kepada semua yang terlibat....walaupun ada yang berbeza agama, namun kita tetap hamba-Nya...



Semoga usaha kalian/kita semua menampakkan hasil....tak kira berapa lama....tak kira sejauh mana...tak kira dimana sahaja MH370 landing, biarlah semuanya selamat....berikanlah petunjuk Mu Ya Allah...

Amin 


Tiada ulasan :