03 September 2010

~balik kampung~

tadi kan, masa aku tengah sedap menikmati KFC ngan my hubby + my sis, ade la aku kuarkan pasal balik kampung...yela, aku dah xdak mak & pak mentua....kira x yah nk kalut la nk balik umah sapa dulu, konpom2 la umah aku....then my sis cakap, 'sat, nk emel kt hang pasal balik kampung'...aku pon teruskan mentelaah KFC sementara kak aku p forward emel kat aku....

ni, aku dh free...saje la kodek2 emel yang kak aku antar....hurmmmm, sebagai seorang anak, seorang wanita & seorang isteri, aku rasa patut kot aku share menda ni ngan korang sumer....mari sama-sama kita saksikan ---->

-
-
-
-
-
-
-

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband)

dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.



Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik. (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6)
Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
.

Ateh
& Acik : Betul....
mestilah ghumah ibu dulu.........
.

Ibu
: Dengar dulu....
contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.

Ateh & Acik
: Ghumah ibulah.....
.

Ibu
: Tidak.......
ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........
baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........
ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
.

Ateh
: Mengangguk.......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
.

Acik
: Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......
kena gilir-gilirlahbaru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)
.

Ibu
: Ingatlah......
jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...
taatlah pada suami dan mentua ........
.

Acik
: Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak
.

Ibu
: Bukan macam tu......
islam tu indah.......
setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....
untuk menjaga suami tidak sesusah mananye...
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....
kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...
 



Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......
jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...
Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu.
Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...


****************************************************************

 Ibu:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
.

Abang ipar
:Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.

Ibu
: Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.

Abang ipar
: Tidak bu.......
saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
.

Ibu
: Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.

Abang ipar
: Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)
.

Ibu
: Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. 


 sekadar gambar hiasan




-RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL-



.

Tiada ulasan :