06 September 2010

dia yang tidak sempurna...

ape ek...hurmmm, mcm mana nk mulakan ntah....

**********************************************************************************

buta mata vs buta ati...agak2 korang la kan, mana lagi teruk??? bg aku, harusla buta ati....even mata ni nampak je trang tang tang, tapi kalau ati tu dah buta, dah golap, xdak maknanya jugak, kan...

aku sebenarnya kagum dengan seorang hamba Allah nie, yang mana dia tidak seperti kita, dilahirkan dengan ujian hingga ke akhirnya, yang tidak pernah mengenal erti keindahan dunia, kecantikan paras rupa...malah mungkin dia lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya kepada dirinya dan dia x mungkin akan alpa dengan lakonan dunia fana...(ewah2, apa yang aku dok mencarut merepek pepagi nie...)

begini citernye :-

-
-
-
-
-
-
-
-


pagi tadi, lepas je sahur, aku n hubby lepak depan tv..saje la, nak tunggu subuh, kang aku lena, terlajak pulak subuh, dh jadik subuh gajah...ish, rugi2....kami tengok astro oasis...sambil2 tu, aku n hubby memuji jgk siaran berbayar ni *means astro la* yang mana dioarang terpikir nak wujudkan 1 channel berunsurkan islamic iaitu astro oasis..yela, kat astro oasis ni, byk pembelajaran terutama mengenai fardhu ain, fardhu kifayah, ilmu fekah, tauhid, semua terselit kat channel nie...sbb tu aku ngn hubby suka oasis...lg 1, ada info solat yang sesangat berguna utk kita semua...

pastu aku tukaq tv3...ada rancangan 'kalamullah'...aku suker dengar anak-anak muda aka adik-adik yang sebaya anak buah aku membaca al-Quran...sblm tu, depa akan baca doa penerang ati kot x cilap aku, dengan ada irama yang tersendiri...sangat syahdu... :)

pagi nie, giliran adik ape ntah, aku lupa nama dia...tp x cilap aku, dia penah masuk pertandingan bercerita kat tv1 dulu...adik ni, dia x sesempurna kita..dia cacat penglihatan, senang cakap buta la...bila dia mula membaca al-Quran, aku tengok tangan dia bergerak2 membaca dengan al-Quran khas utk orang sepertinya, mungkin ada tulisan braille...dia gigih membaca tanpa ada cacat cela, Alhamdulillah...Subhanallah

lantas aku teringat kat sorang pakcik yang penah aku jumpa sblm2 ni...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 pict nie aku snap curik2 masa aku lik umah ngan bas aritu...hihihi

kalau dilihat dari belakang, mungkin kita x prasan keadaan sebenar pakcik nie....then, bila dia bangun nak turun bas, baru aku prasan....hurmmmm

pakcik ni menggunakan tongkat utk membantu dirinya mencari jalan

apa yang membuatkan aku kagum dengan pakcik ni, dia seorang yang berdikari....tanpa pertolongan sesiapa, dia boleh je tau kat mana umah dia....sepanjang perjalanan nk sampai kat tempat pakcik ni benti, aku rasa dh byk kali bas ni stop...tp pakcik ni tetap kat tempat duduk dia...tapi, bila sampai je kat umah dia (aku pon xtau umah dia yang mana 1, area umah dia la kot), dia konpom bangun...driver bas pon bile dh dia bangun, dia pon stop la bas...

yang aku heran, mcm mana pakcik ni tau tu umah dia??? sedangkan dia x nampak, xkan dia hitung brapa kali bas tu stop sampai la kat umah dia??? masyaAllah....subhanallah....Allah maha besar...

Lihat, betapa besarnya zat Allah...walaupun Dia butakan mata yang banyak menipu kita, namun Dia tetap celikkan mata ati pakcik ni...mungkin mata ati pakcik ni lebih mulia dari mata kita yang boleh nampak segala-galanya....marilah sama-sama kita mendoakan pakcik di atas, semoga hidup pakcik sentiasa dilindungi & dirahmati oleh Allah S.W.T.... aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Tiada ulasan :