02 November 2010

NaSiHaT kEhIdUpAn

Mood arini macam blur2 je....yela, mau x blur....tadik badan rasa letih sesangat...aku apa lagi, forward call ke henpon, pastu terus pie surau....aku ni bukan la nak kata baik sangat, ari-ari aku pie surau...tapi kalau bukan time solat, keja aku kat surau adalah memulakan kilang proses taik mata....hehehehehehe...tapi sat je la, sekadar melepaskan penat lelah bekerja....ceh, ayat poyo...padahal bos tadak, petang baru masok...hohohohoho


Sejak dua menjak nie, ati aku cepat je tersentuh, terkecik ati, tersedih, terasa nak nanges, terkedu....semua yang ter-ter nie, ati aku cepat punya la....aku tau, dia x kan baca punya blog nie...huhuhuhuhu...huwaaaaaaaaa...macam syedey je...siyes....xpa2, kamon bebeh...wakeup, pie beli makanan tuh...hehehehehe...*oh, dah tengahari upenye...


dan disebabkan mood aku yang slow n steady nie, rugi rasanya kalau aku x share dengan korang menda alah nie....semoga aku, orang diluar sana, dia yang x penah bukak blog aku, faham akan isi kandungan yang tersirat & tersurat....eh, jap...tetiba ja tekak aku teringin nak makan ikan merah masak lemak cili api mak aku buat....makkkkkkkkkkk, nak balik kampung.....huwaaaaaaaaaaaaa




~Nasihat Kehidupan~

1. KETIKA MENCARI CALON
   Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita

  Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.  KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu/tok kadi,
tetapi menikah di hadapan Allah
 
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak  didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

Ketaqwaan
Kasih sayang
Kesetiaan
Komunikasi dialogis
Keterbukaan
Kejujuran
 Kesabaran

ha, tengok tue....petua rumah tangga bahagia hingga ke akhirnya...bagi aku, hidup dengan orang yang tak pernah wujud dalam hidup kita sebelum-sebelum nie, merupakan satu cabaran yang sangat besar.....banyak halangan, liku-liku kehidupan yang akan kita tempuhi samada secara sedar ataupon tidak....tapi itulah hakikat kehidupan di dunia nie...

2 ulasan :

cik pidah :)) berkata...

k un
pidah mcm taw nk bg hilg underdefine 2
tp xtaw nk ckp
haha

zulhusna berkata...

pulak....x yah cakap, pidah tulis ja...hehehehehe...rimas dok tengok benda alah tu...