26 Ogos 2014

Bingkisan Heliza dari Bumi Ghaza

Selasa minggu lepas, Kementerian Sumber Manusia ada menjemput Penyanyi/Pendakwah/Pengacara kecik molek Heliza Helmi untuk berkongsi pengalaman ketika melawat saudara Islam kita di Syria dan Palestine pada tahun 2012....walaupun rasa macam dah lama, namun penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Syria, rakyat Palestin dan sekarang rakyat Gaza adalah sangat berlainan.....permulaan ceramah dah disajikan dengan 3 buah video...kekejaman rejim zionis terhadap umat Islam yang tidak berdosa....tak silap aku video sekitar tahun 2009, di Palestine kot...lupa dah......tapik kan....lawa la Heliza nie....kurus kering, tinggi lampai....pakej lengkap...rasa nak buat kakak angkat...hahaha







Baru main video satu, aku dah merambu ayaq mata....Allahuakbar....hati ibu mana yang tak tersentuh bila tengok penderitaan anak-anak kecil yang ditembak, yang putus kaki, yang berdarah sana sini....yang menangis memanggil, 'mama mama mama' tatkala doktor tengah merawat....dengan kelengkapan yang serba serbi kekurangan.....tersedu-sedu aku....dah la selsema...bertambah-tambah selsema aku nie....Allah, tak terbayang aku di kedudukan anak-anak kecik tue....dan sedikit pun aku tak berani membayangkan anak-anak kecil yang diserang dengan rejim zionis tu dengan anak sendiri....sungguh besar dugaan rakyat Palestin...itu penderitaan bumi Palestin, sekarang nie bumi Gaza.....daripada perkongsian Heliza atau lebih mesra dengan panggilan 'Ija', serangan ke atas Gaza berganda-ganda lebih dahsyat daripada serangan ke atas Palestin.....Allahuakbar!!! takut dengar.....nak pie berperang sekali, kekuatan tu tak dak....nak mati syahid, nakkkkkkkkk ja....tapi bekalan menuju akhirat pun tak banyak, macam mana nak syahid???.....  ;(

Menarik jugak perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh Heliza....dulu persepsi aku kat Heliza nie lain....iyalah, aku tengok dia jadi hos dalam SIS kat TV9, memang aku tak bleh blah.....bila tengok real, tengok cara dan gaya penyampaian pasal bumi Gaza, memang lain....sangat lain...dan terus aku respect dengan Heliza.....nak bandingkan aku dengan apa yang telah diusahakan dan dilakukan oleh Heliza dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang umat dah hamba-Nya, memang jauh sangatlah....syukur jugak aku tergerak hati nak turun sama-sama dengar ceramah ni....kalau dak, alamatnya sampai kesudah kesedaran aku terhadap dunia Islam yang lain tetap sama....dan antara ungkapan yang masih aku terngiang-ngiang kat telianga sampai kesaat nie, perbualan antara Heliza dan rombongan Aman Palestine ke sana....bersama dengan rakyat Palestine :

'Kalau kami tak datang beri makanan nie, apa yang kamu makan?'

'Apa yang kambing makan, itulah yang kami makan......kadang kami makan sup.....ambil cebisan-cebisan kotak, dikoyak-koyak.....dan dijadikan sup untuk anak-anak'

Allahuakbar.....makan sup kotak??? makan makanan kambing??? Astagfirullah....Heliza cakap lagi, di bumi Palestine lah dia jumpa dengan manusia yang makan makanan yang memang kita tak makan, seperti kucing....sampaikan kucing dekat sana pun dah memang tak jumpa, semua disembelih dijadikan makanan.....sedihnya....sedangkan kita kat Malaysia ni aman, boleh pilih nak makan makananan apa....nak western, nak seafood, nak ala kampung....semua ada terhidang depan mata....sampaikan ada yang tak habeh, terus masuk dalam tong sampah....menangis lagi aku kat situ....  T______T

Aku ada follow fb Aman Palestin.....kat situ depa akan kongsikan berita-berita terkini mengenai kedudukan terkini keadaan bumi Gaza....macam hari nie, hari peperangan ke 51 antara Israel dan Gaza.....dan tak selama-lamanya orang Islam akan berdiam diri....cuma kadang aku pun tak faham, kenapa, mengapa, dimana negara-negara Islam yang gah dengan kemasyhuran....kenapa masih membiarkan bumi Islam ini dibedil rakus oleh rejim zionis??? aku tak pandai sangat isu nie....aku pun tak banyak membaca pasal peperangan nie....tapi aku tertanya-tanya....penah sekali, aku terbaca dalam suratkhabar....kenapa Mesir tak bukak laluan di Rafah? sedangkan semua bantuan dari seluruh dunia termasuk Malaysia tersekat kat situ.....dan selagi Mesir tak bukak laluan masuk, selagi itu bantuan sama ada dari segi makananan, perkhidmatan dan ubatan tak kan sampai kepada penduduk Gaza....ada yang kata itu isu politik....Wallahualam....tak berani aku nak komen lebih, takut terjadi fitnah...


Banyak perkongsian ilmu dan kisah dari Gaza/Palestin/Syria yang Heliza kongsi.....detik-detik cemas berhadapan dengan rejim zionis yang tiba-tiba keluar dengan kereta kebal ketika rombongan Malaysia nak tanam pokok zaitun kat tanah jajahan Israel, lawak dan menginsafkan....bayangkan, tengah seronok-seronok nak tanam pokok, tiba-tiba 3 bijik kereta kebal keluar.....lepas tu helikopter sebijik dok berlegar atas kepala....apa lagi, lari tak cukup tanah la rombongan Malaysia masa tu, masuk balik dalam khemah....tengah berlari tu, ada 3 orang budak kecil, dalam lingkungan 10 tahun, bertentang arus dengan rombongan Malaysia, lari bawak bendera Palestine....bayangkan....betapa beraninya anak-anak kecil tu seolah-olah memberi amaran kepada tentera Israel, 'kalau hampa nak tembak depa, tembak kami dulu'.....Allah....kerdil sangat aku rasa....betapa kuatnya cinta anak-anak ini terhadap Islam....hidup dan mati hanya kerana Allah....kita???? aku??? 

Kepada orang kat luar sana....termasuk aku sendiri..ambillah peluang sebanyak mungkin untuk mengetahui nasib saudara Islam kita diluar sana....walau tak banyak yang kita boleh bantu, sekadar doa pun cukuplah....ada jugak gerakan/NGO yang secara sukarela mengutip derma dan membantu mereka yang memerlukan...bantulah....syukur sebab masih ada jiwa-jiwa yang 'sensitif' dengan isu-isu kemanusiaan sejagat nie......tak salah pun nak derma sikit....tak miskin pun kita kalau bersedekah....jemputlah Heliza sebagai penceramah, pun tak rugi...banyak yang kita boleh tau...dan antara lain yang kita boleh bantu, melalui boikot....boikot yang mana agensi-agensi yang menyalurkan dana terus kepada ketenteraan Israel....dan McD adalah salah satunya....boleh dapat info boikot nie dari page Aman Palestin.....supaya kita tak salah memboikot....

Wallahualam



Tiada ulasan :