21 Ogos 2013

Taska/Nursery Putrajaya

Tengok tajuk macam aku nak shortlistkan nama taska/nursery area Putrajaya nie kan....tapi tak......korang-korang tengok fb tak semalam...kecoh pasal sorang budak kena kurung kat nursery.....aku kalau tak dak kena mengena dengan aku, aku pun malas nak ambik pusing....sekadar baca, pastu geleng-geleng kepala je la....tapi bila aku tengok kejadian tersebut adalah di PUTRAJAYA, hoiiiii tercelik la mata nie sat.....

benda ni jadi Disember taon lepas....semalam baru kecoh...maybe sebab semalam baru ada yang share kat fb.....kalau sesapa nak baca boleh pie kat blog nie anakku-di-kurung-di-taska......mak budak yang kena kurung tu update kat blog....kesian.....anak baru setaon lebih kena kurung dalam stor sebab anak kuat menangis.....huwaaaaaaaaaaaa, kejamnya....dah nama pun budak....apa lagi yang dia reti buat....lapar nangis, nak makan nangis, sakit nangis.....dah kalau tak leh dengar budak-budak memekak macam tu, tak yah la keja jaga budak......aku ni terus teringat dekat Haiqal kat school....apa la anak aku tengah buat....dia nie dah la jenis 'pendiam' dekat sekolah...kang cikgu buat apa-apa tak kalau dia diam sangat....terus tersentuh hati nurani mak  ;(

dah la kebanyakan kes baby mati tersedak, baby kena ikat kaki tangan, baby kena salotape mulut...semua dekat Putrajaya....memang bad luck sungguh la..kat negeri lain jarang pulak aku dengaq kes-kes macam ni....asal bab nursery + pengasuh ja,kompom Putrajaya...haishhhh...
kalau Zara aku tak risau sangat sebab setiap kali ambik Zara aku akan tanya kat pengasuh, Zara buat perangai ke tak....kalau kat school Haiqal kadang diorang tak cakap apa kecuali kita tanya....yela, cikgu pun baya-baya adik aku ja...muda lagi....kadang yang hantar anak kita time balik tu bukan teacher kelas Haiqal pun...aku ingat sebelum nak register Haiqal untuk taon depan nak kena pie buat lawatan jugak la...bukan nak tengok Haiqal kena dera ke tak, tapi nak tengok cara Haiqal kat sekolah tu macam mana....tapi semalam masa ambik Haiqal aku tanya la teacher, 'die tengah main ke?'....teacher cakap 'aah...'...pastu aku cakap la yang Haiqal nie pendiam....dengan kawan-kawan die bercakap tak? pastu teacher cakap 'biase la, budak-budak'.....terus aku rasa lega sikit la....maybe teacher pun paham kot perangai budak-budak...hurmmm

apa pun, jangan letakkan 100% kepercayaan kat orang lain....kita sebagai mak bapak tetap kena ambik tau pasal anak masing-masing....at least tanya la perkembangan anak...kalau tiap hari nak buat spotchek kang teacher pun naik menyampah....tak gittew 

3 ulasan :

mama leen berkata...

baru baca kat blog tu.. ish kuang ajaq betoi.. indon ka orang malaysia pekerja tu..

zulhusna berkata...

tak tau la k.leen....tapi selalu kalau nursery jarang diorang nak ambik indon....tapi tak tau la kot nak save bajet kan....

hawa samsudin berkata...

PERLUKAN PENGASUH??

HUBUNGI SEGERA
No.Hp:
018-2768709-Hawa
(call/sms/whatsapp)
Alamat:Kuarters IPD Putrajaya,Presint 7
FB: Siti Hawa Nor Samsudin

Syarat2:

Permenant
-berusia 2tahun keatas SAHAJA.
-RM300/month.
-normal or syif(SIANG SAHAJA).

Transit
-berusia 3bln keatas
-RM15/day(Isnin-Jumaat) RM20/day(Sabtu&Ahad)

KEMUDAHAN
-Tempat selesa,kemas dan selamat spt dirumah sndiri.
-makanan/snek disediakan utk 1tahun keatas sahaja.
-alat mainan dan rancangan tv katun jgk ada.