Tadi bukak Utusan online....pastu nampak tajuk nie....aku baca seround, pastu tersenyum.....jap, korang bace la sekali....pastu senyum sama-sama ;)
SEPANG 27 Ogos - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.
Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.
Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.
"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.
"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130828/dn_08/Universiti-Al-Azhar-ke-Malaysia#ixzz2dE491XXC © Utusan Melayu (M) Bhd
Alhamdulillah kalau perkara nie betul-betul jadi seperti yang dirancangkan.....tak yah la kita susah-susah nak hantar anak jauh-jauh lagi ke Mesir sana....tapi kalau dah tertulis untuk belajar kat sana pun syukur jugak, bila lagi nak berjalan kat tempat orang...tak gittew??? hehehehe
Sebenarnya, ada cerita disebalik cerita pasal Universiti Al-Azhar nie.....aku ingat lagi, masa aku darjah 5 kot.....Ustaz Ishak, dia tak berapa sihat....kat sekolah rendah dulu ada sorang ja ustaz.....pastu ada la 'Ustaz' baru nie ganti....Alaaaa, orang kampung jugak....cuma dia pie belajar dekat Mesir, kat Universiti Al-Azhar nie la....belajar pun tak habis lagi kot....time cuti, dia gantikan Ustaz Ishak buat sementara...nama dia Ustaz Mahizan.....
Masa mula-mula dia masuk tu, dia suruh kami satu kelas tulis tulisan jawi....pastu mintak tulis perkataan yang tak agak-agak...bagi aku la...yela, aku pie kelas KAFA pun tulis jawi yang simple + senang kacang tanah je...tak de la kena tulis 'Universiti Al-Azhar'...hoiii, mana aku reti....pastu siap suruh tulis nama Sultan ke ape ntah, kemain panjang.....aku nie, tulis nama sendiri pun silap lagi time tu.....pastu dia gelak-gelak....bila dia tau aku ni anak 'Pak Teh Cop', dia macam nak attack aku....sampai aku pulak jadi segan...korang pernah rasa segan time kecik-kecik dulu??? ke aku je penah...hahahaha
Pastu makin lama, aku makin ok dengan cara pengajaran dia....dia mula la cerita pasal Universiti....siap cita kalau ada rezeki nak sambung PHD....hello, ko cakap pasal PHD dengan budak kampung??? PHD tu apa ustaz oiii....dia cakap PHD tu bukan "Perasaan Hasad Dengki" tapi apa ntah...see, aku yang dah qeja pun tak tau PHD tu stand for what....wth...muahahahaha....lepas dia cita bab PHD tu, boleh kata budak kelas aku semua menaruh harapan yang sama nak pie Universiti Al-Azhar, nak sambung sampai PHD...hahahaha...penangan ustaz ganti punya pasai....kira idola la time tu...hahahaha
pernah sekali time Sirah kot...dia ada cita pasal Padang Arafah....pastu ada satu lagu nie mengisahkan mengenai'Padang Arafah + Adam dan Hawa'....dia siap bawak radio lagi pie kelas time tu....bagi lirik, suruh kami satu kelas nyanyi....aku hapai tau lagu nie, sampai sekarang terlekat lagi kat pala.... ;)...pastu masa tengah dok try nyanyi lagu nie, ustaz ada cakap yang suara dia tak sedap macam suara Husna sambil tersengih-sengih....eh??? ustaz nak menggatal ngan student darjah 5 ka??? tau la aku zaman kecik-kecik dulu comot kemain...ngan tembam, hitam....tapi maintain comei lah...*muntahberjemaah*
Tapi ada lagi satu insiden yang membuatkan aku malu tak tau nak letak muka kat mana....kat sekolah rendah dulu, untuk budak darjah 6 atau lebih tepat untuk student yang akan ambik UPSR, depa akan ada Khemah Ibadah....buat kat sekolah jugak, tidoq sana, 3 hari 2 malam...aku nie tak dak kena mengena pun dengan Khemah Ibadah tu....tapi saja la gatai pie nak tinjau kawasan....kak aku ada la joint....masa aku pie tu, depa tengah rehat untuk minum petang....dah nama pun Khemah Ibadah, kena la sorang baca doa makan....depa panggil peserta la baca doa, budak laki....habis makan, kena baca doa lepas makan pulak....tetiba Ustaz Mahizan panggil nama aku suruh baca doa..eh, aku bukan peserta....dengan muka selamba, aku baca 'Alhamdulillah hirobbil 'alamin'....pastu semua orang gelak dekat aku....siap Sir Haris, cikgu BI kat sekolah tu tanya, sapa yang baca tu??? hahahahahahahaha....aku silap silap baca doa rupa-rupanya....dah la kena pakai mikrofon.....boleh pulak aku pie baca Fatihah....muahahahahaha...gila malu.....series, aku ingat benda nie sampai bila-bila.....nasib baik la aku nie hafal jugak doa lepas makan....boleh la cover line....kalau idok, menyorok dalam longkang la jawabnya....hahahahahaha
dah, tu jer
Tiada ulasan :
Catat Ulasan