01 Ogos 2013

Tips hilangkan bintik hitam

Korang ada masalah bintik hitam??? aku ada.....kulit aku pun bukan lawa sangat....berminyak, kadang kering....tapi nasib baiklah ada jugak yang berkenan...hik3...

bagi yang ada masalah bintik hitam, apa kata korang termasuk diriku ini cuba tips yang dikongsikan kat yahoo nie

1) Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata. 

2) Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit. 

3) Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam. 

4) Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka. 

Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar. 


Selamat Mencuba!

credit to : Yahoo! Malaysia  ;)

Tiada ulasan :