30 Julai 2013

Perkongsian Hadith

Menghidupkan 10 Malam Lailatul Qadar



Maksud Hadith: 
 
Daripada  Aisyah RA katanya,
“Kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir
(malam yang kedua puluh satu hingga tiga puluh daripada bulan Ramadhan)
baginda menghidupkan malam-malam tersebut ,
dan bersungguh dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya.”

Riwayat: Bukhari dan Muslim
 
Huraian Hadith: 
 
i.    Hadis ini menunjukkan bahawa kita hendaklah (digalakkan) mengambil kesempatan tibanya waktu atau hari-hari yang       mempunyai kelebihan untuk diisi dengan amal soleh.
 
ii.    Sunat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat khususnya sepuluh malam yang terakhir Ramadhan.
 
iii.    Setiap orang dikehendaki berjuang untuk mengawal hawa nafsunya.



credit to : Pegawai HEI, KSM

Tiada ulasan :