Nauzubillah.....ni yang aku malas dengaq cita budak mati/meninggal nie.....tambah-tambah dalam bulan posa....ni yang terbaru rasanya.....dekat Alma, Penang.....aku ternampak artikel di dalam Yahoo! News Malaysia....jap aku kopipes sikit
BUKIT MERTAJAM, 22 Julai (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tersedak susu ketika diasuh seorang wanita di Taman Impian Murni, Alma di sini hari ini.
Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa.
Bayi itu dikejar ke Hospital Bukit Mertajam sebelum disahkan meninggalkan dunia dan bedah siasat akan dijalankan malam ini oleh Unit Forensik hospital berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Kita tunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan malam ini dan siasatan akan dibuat berdasarkan keputusan berkenaan," katanya.
Sementara itu, usaha menemu bual ibu bapa bayi berkenaan gagal. Difahamkan, bayi perempuan yang meninggal dunia itu mempunyai seorang kembar.
-- BERNAMA
huwaaaaaaaaaa....tak kisah la baby ni baby Melayu or Cina, tapi tu baby kot....betapa sengsaranya dia 'pergi' disebabkan kecuaian orang dewasa.....kesiannya anak tu......
dengaq dak pasal budak meninggal dalam kereta baru-baru nie? lagi aku tak leh blah......aku tak tau nak salahkan sapa dalam hal ni....tapi kalau aku, aku akan salahkan mak budak tu.....tak kesah la ko bizi nak attend meeting macam mana sekalipun, tak kan sikit pun tak terlintas pasal anak kat kepala tu.....tak kan la langsung tak teringat anak kat rumah ka, anak kat rumah pengasuh ka, kat nursery ka.......ni anak tertinggal dalam kereta.....mak kalut, tak perasan anak tidoq kat belakang.....dah tinggal 5 jam, pie kat qeta baru perasan ada anak yang berusia 3 tahun kat seat belakang....muka dah pucat kebiruan......nauzubillah....betapa sakitnya anak tu....aku kalau balik qeja baru masuk qeta, ekon tingkap tak bukak, memang tak bernafas kot....ni 5 jam mak dia tinggal....memang meninggal la.....nauzubillah....jauhkanlah aku dari perkara macam nie Ya Allah....bukan senang aku nak dapat sorang anak pun ;(
Tiada ulasan :
Catat Ulasan