Demam selsema atau hingus antara penyakit yang susah nak lega tapi senang nak berjangkit....true or not??? tambah-tambah bagi kalangan anak-anak kecil.......sebagai ibu bapa, aku sentiasa tengok perkembangan anak-anak.....kalau dia demam lagi la....siap dengan termometer, ubat bontot, ubat demam, cool fever, ayaq asam jawa, napkin nak lap badan....semua tu aku akan get ready....tapi kalau selsema nie, orang kata kalau budak tak selesema tu pelik....so, aku anggap itu perkara biasa kalau anak aku selsema....hahahaha *adajugakmakcenggini*
aku ada terbaca tips untuk hilangkan selsema. jadi meh kita kongsi sama-sama :
Campurkan hirisan lemon, bawang putih dan minyak zaitun komersial (mengandungi vitamin A, C, E). Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yang segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yang sangat mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak. Usaha ini bolehlah dilakukan disamping memberi ubat-ubatan yang bersesuaian apabila anak-anak dijangkiti demam selsema.
Selasa lepas kot ka hari Isnin ntah....aku pie darusalam...nampak lemon, terus ambik....niat hati nak balik buat.....sebab Zara asyik selsema ja aku tengok....Haiqal dah tak nampak....kesian pulak, tidoq malam kalau papa bukak ekon, tersumbat habis hidung dia....kadang sampai nangis-nangis sebab rasa tak selesa....terpaksa la kami dua beranak keluar dari bilik....tidoq depan tv, lagi aman damai....sapukan vicks yang khusus untuk budak-budak, sapu dekat dada, belakang badan....insyaAllah anak boleh lena....tapi tak salah untuk cuba cara traditional kat atas nie....lagi okei aku rasa
Selamat Mencobaaaaaaa!!!!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan