31 Disember 2013

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan


Baguslah......bila aku tengok balik semua penjimatan tu, ada faedahnya......terutama elaun keraian Kabinet dan pegawai kanan dipotong  5-10 %.....jamuan dalam acara rasmi, naik flight kelas ekonomi, bunting, guna premis kerajaan untuk kursus dan seminar.....eh semua tu boleh diterima akal lah.....sebab berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa menjadi PA Timbalan Menteri suatu ketika dahulu, benda-benda yang tersenarai kat atas nie la yang membuatkan aku geleng kepala......

Macam elaun keraian Kabinet.....memang dalam pekeliling dah tertulis certain-certain angka yang memang menjadi kelayakan anggota Kabinet.....contoh elaun keraian depa layak dapat 5k....ni contoh....bukan jumlah sebenar.....pastu depa akan raikan setiap tetamu, menggunakan duit nie....balik kampung jumpa orang kampung (as Ahli Parlimen) kadang dengan elaun keraian nie lah depa raikan tetamu....tapi yang tak bestnya, bila 1-1 resit tu depa claim balik dengan kerajaan.....jadiknya, tak guna jugak la ada elaun keraian yang dikhaskan untuk meraikan orang bila semua benda tu boleh dibuat tuntutan semula.....tak gittew

Bab bunting tu pun satu hal....kat Putrajaya nie meriah tau dengan bunting kiri kanan jalan....kalau laki aku yang memang otak bisnes, dia akan cakap, 'sapa la dapat tender nie, mesti kaya'......boleh dikatakan every month ada ja event kat sini.....lani penuh dengan bunting Ambang 2014....jadi bila langkah penjimatan ni berkuatkuasa esok, mungkin akan ada penjimatan yang agak besar di situ......

Jamuan makan.....meeting opis aku nie meriah....beza dengan opis member aku, kat EPU....EPU setakat meeting dalaman, no water, no food.....paling busuk, just mineral water yang kecik tu ja.....itu sahaja.....sebab tu bila pegawai-pegawai EPU attend meeting kat KSM, depa terkejut bila tengok makanan meeting meriah cam orang kawen....muahahahaha.....maybe sebab EPU tu merancang ekonomi negara, so depa nampak implikasi kewangan kat situ.....jabatan lain yang tak buat pasal ekonomi ni asyik mintak je duit tetiap taon...kannnnnn

dan boleh dikatakan aku setuju la dengan 11 langkah penjimatan nie....kalau boleh tambah, tambahkan lagi langkah penjimatan dari masa ke semasa.....kalau elaun menteri boleh tolak sikit, tolak la....dah ler naik flight free, siap boleh angkut bini naik free....balik kampung bodyguard lagi ikut, naik flight free jugak....kurang-kurangkan la sikit.....tapi susah jugak sebab depa Ahli Parlimen....apa pun, terserah kepada pihak kepimpinan atasan....jangan disebabkan benda-benda ni, rakyat pulak dibebankan dengan kenaikan harga barang + tol yang sangat tak munasabah.....minyak naik 2 kupang aku boleh terima lagi, bila tol naik contoh MEX dari 2.50 jadi 3.80, hoihhhh, ini dah melampau...kalau naik 2 kupang macam harga minyak tu, reasonable lagi la.....yang sakit, pengguna....menteri guna touch&go, gomen bayar....pegawai kerajaan, pie meeting, boleh claim....orang lain yang bukan pegawai kerajaan, yang memang pengguna tegar highway tu, camne pulak kan.....fikir-fikir kan lah...

dah, esok cuti

Selamat Tahun Baru 2014

~bubye 2013~

Tiada ulasan :