PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.
Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.
Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.
Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.
Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.
*********************************************************************************
Astagfirullah....binatang punya bapak!!! apa jenis manusia aku pon tak tau la.....ni tajuk berita dalam paper Metro pagi nie.....baru minggu lepas dengaq budak kena rogol la, kena bakaq la......ni ada lagi....memang tak guna punya manusia....kalau tak mau bising-bising, rimas dengaq baby nangis, ko tak yah kawin....ok-ok, aku faham....kalau tak kawin, kang beromen tak kena gaya pulak kan.....tak pa, ko kawin, tapi ko pandai-pandai la cover apa yang patot.....nak buat anak, tapi ko pakai pelindung....at least tak de la sperma yang berenang ke sana sini....ni anak baru 38 hari, bini pon tak habis pantang lagi, dah KOMA??? ko nak ke tak anak tu??? ramai orang kat luaq sana nakkkkkkkk sangat zuriat sendiri.....tapi yang ni, dah ada tak reti nak bersyukur....kalau ko tak tahan dengar baby nangis, ko blah je lah dari rumah tu.....dok Padang Besar ja kot, pie la lepak minum ka, jumpa kawan-kawan ka.....ko tak yah nak tunjuk hero depan budak tu.....dia bukan tau apa....baby nangis nie ada 4 sebab ja.....lapar, kembung, lampin basah + mengantuk.....tu je pon.....agak-agak semua benda tu tak jalan, ko baca la apa-apa ayat kat anak tu, selawat, ayat kursi....tu pon susah ka???? aku paham sangat dengan situasi ni, sebab Zara tak macam Haiqal dulu....Zara kalau dia dah lapar, aku tak sumbat, memang buat muka tebal je la aku.....dia akan nangis,nangis dan nangis....sikit pon dia tak heran.....aku bila dah betul-betul tak boleh handle, yela bagi susu dia uwaaaaaaaa, dukung pun still uwaaaaaa, tepuk-tepuk pon dah nangis pejam mata rapat-rapat, dah.....aku tak pegang dah, aku bagi apak dia pegang.....SEBAB bahaya kalau kita stress tapi pegang baby....kadang tindakan kita diluar kawalan....nak hayun baby, konon nak dodoi, tapi mesti akan jadi lagi kasar....so, bagi je la budak tu kat orang lain suruh pegang.....sebelum jadi apa-apa....gegaran dalam otak ka, tetiba terlepas ka.....bagi je la kat sesapa yang ada...tak pun, letak ja baby tu, biar la dia nangis dulu...kang letih, diam la dia.....ni baby baru 38 hari, sakit beranak pon dok terasa lagi, dah jadi macam ni....nauzubillah...binatang pon pandai sayang anak...aku pun tak paham apa yang bapak budak ni pikiaq....maybe sebab kawen muda kot, tak matang....ewah-ewah, kawen muda tak menjamin ko tak boleh jadi bapak mithali.....kawen muda tak menjamin ko boleh buat sesuka hati kat anak ko.....kalau meninggal budak tu, syurga dah menanti....ko pulak??? nak pie tali gantung??? nak duduk lokap??? pesanan aku untuk para 'bakal' ibu bapa....persiapkan diri sebelum jadik mak bapak.....dari segi kewangan, fizikal & mental......senang ja kalau nak jadi mak bapak ni kalau kena gaya.....kalau tak kena gaya, jadi macam ni la.....dah, aku pulak yang stress!!! *doa sangat-sangat baby Sofia Juliana (sedap ja nama), sembuh, sihat dan membesar macam kanak-kanak yang lain* amin
1 ulasan :
sabaq2... ni betul2 marah ni.. hehe..
bengong la hai bapak budak tu..
Catat Ulasan