Haaaaa.....baca tajuk elok-elok.....sapa yang rasa nak turunkan berat badan, nak bagi ramping macam Che Ta.....sila la oooo sila joint program nie......mai ramai-ramai memeriahkan majlis.....tapi untuk warga Putrajaya only....hehehehe
Masa baca nie, terlintas gak kat hati nak joint....pastu baca syarat-syarat penyertaan, damn!!! ibu menyusukan bayi enggak bisa juin.....terus rasa down....down ler sangat kan.....hikhikhik
Ouh ya.....program Putrajaya Slim Shape 2014 ni adalah anjuran Local Agenda 21 Putrajaya dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan UKM. Program Penurunan Berat Badan : “Putrajaya Slim Shape 2014“
bermula dari pertengahan April sehingga Oktober 2014 ini.
Objektif utama program “Slimshape Putrajaya “ ini adalah disasarkan
kepada penyertaan seramai mungkin Warga Perbadanan Putrajaya, Warga
Putrajaya dari kalangan komuniti, penjawat-penjawat awam dan penjawat
organisasi swasta, wakil-wakil kakitangan sekolah, Pertubuhan berdaftar dan NGO
di Putrajaya dan lain-lain yang mementingkan pemeliharaan berat badan dan
mengalami obesiti dan yang ingin menurunkan berat badan , ingin mencapai
berat badan ideal yang boleh membaiki ketrampilan personaliti individu
supaya lebih menarik dan bersemangat .
Program kesedaran penurunan berat badan ini akan memberikan kebaikan dan
manfaat berikut kepada para peserta :-
- Kesedaran dan kemahiran ke arah mengamalkan gaya hidup sihat
- Tabiat pemakanan sihat dan keseimbangan kalori dan zat pemakanan
- Senaman dan perubahan tingkah laku
- Memahami kaedah mengatasi masalah stress dan kaitannya dengan pengambilan makanan
- Peluang berinteraksi dan mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dari pakar-pakar bidang pemakanan, fisiologi senaman, dan sains sukan, terapi cara kerja, dan doktor perubatan
- Mengetahui status berat badan dan komposisi tubuh ( indeks jisim tubuh, peratus lemak tubuh dan jisim tubuh tanpa lemak serta ukur lilit pinggang)
- Mengetahui status kesihatan melalui pemeriksaan tekanan darah dan saringan glukosa serta aras kolesterol darah
- Mendapat maklumat mengenai akibat masalah obesiti kepada kesihatan
- Mendapat maklumat dan kesedaran ke arah gaya hidup sihat melibatkan tabiat makan, senaman dan perubahan tingkah laku
- Berupaya menetapkan saranan atau target berat badan dan komposisi tubuh individu untuk jangka masa panjang dan jangkamasa pendek
- Berupaya merangka pelan individu bagi mencapai berat badan sihat dan status kesihatan optimum
- Mendapat maklumat mengenai tabiat dan cara pemakanan mengikut Islam dan semasa berpuasa
See.....
banyak kebaikan dan manfaat dia....apa tunggu lagi....jom la register....esok last day weiiiii....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan