Perghhhhh...tajuk ni macam nak cari gadoh ja ni.....muahahahahaha....rilex-rilex, bawak bersabar.....aku bukan seorang ahli politik, pemikir politik mahupun penganalisa politik....aku hanyalah sekadar pemerhati politik semasa yang entah apa-apa ja aku rasakan sekarang nie....al-maklumlah, lagi 3 hari kita akan menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 13....balik kampung tak kawan-kawan??? balik, jangan tak balik....opis aku ni hah dah lengang....ramai dah mula balik kampung....kawan-kawan UiTM pun sama jugak, dah ada yang berkampung kat kampung sekarang nie....semua nak menjalankan tanggungjawab dan hak masing-masing ;)...aku??? InsyaAllah esok malam bertolak balik Kedah....ada orang tanya, aku mengundi mana? kenape, takut ke kalau aku undi kat Putrajaya? jangan risau, undi anda adalah rahsia...kat mana pun aku mengundi, tu pilihan aku....dan aku akan memangkah parti yang memang aku pilih sendiri...bukan dari segi paksaan, hasutan, sogokan dan sebagainya....jadi, berlaku adillah kepada diri sendiri...wah...tak agak-agak ayat tue....hehehehe
Putrajaya sekarang nie penuh dengan bendera...kiri kanan jalan...tak kira kaler....ada yag kecik, ada yang besaq....ada yang diikat sepanjang jalan, ada jugak yang digantung dekat buluh....macam-macam...tu tak masuk lagi sepanduk-sepanduk yang terpampang berbagai janji dan manifesto..kadang tengah drive tu, berpinau mata aku baca satu-satu...dah memang habit kot kan, padahal dah baca pon...nak jugak baca lagi...membaca kan jambatan ilmu...kira ok la tu kan...
tapi dalam sibuk orang berkempen ni, kadang ada yang membuatkan aku beristighfar panjang....kenapa??? sebabnya terlalu banyak caci maki...terlalu banyak carut-mencarut....terlalu banyak fitnah-memfitnah....terlalu banyak video, artikel, gambar-gambar yang dengan sewenang-wenangnya dikongsikan di laman sosial, di blog-blog yang entah sahih ke tidak faktanya....orang yang share tu pun, bukan dia kaji dulu benda tu betul ke tak...sekali baca, pap share....sekali tengok, pap share...eh, ko tak tau ke kalau benda tu tak betul, dah jadi fitnah...pastu ramai pulak yang dok like bagai...buat dosa kering jelah...kadang dari mata kasar dah nampak sangat gambar-gambar yang dishare tu diedit, disuper impose...tu pun tak nampak ke???kalau macam ni lah gayanya, baik tak payah ada PRU lagi ok kot....ada yang maki sesama Islam....ada yang tuduh ini tak betul, ini ja betul...yang terlalu taksub dengan parti-parti tertentu sampaikan aku meng'unfriend' beberapa orang yang aku rasa tak perlu ada dalam akaun fesbuk aku....sangat annoying okeh....boleh nak berpolitik ni, tapi berpada-padalah...orang lain pun ada jugak parti-parti politik yang disokong, tapi tak payah la hover sangat macam kau lah calon terbaik, macam parti politik yang kau nak undilah parti politik yang mampu memegang tampuk negara....kadang niat tu dah betul, tapi cara tu tak berapa nak kena....serius, MENYAMPAH....
aku akui, nie kali pertama aku mengundi...masa PRU ke 12 dulu, umur aku dah masuk 21 kalau nak ikutkan tahun tu, tapi masih tak sampai kuota....so ini kali pertama aku akan menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia....kadang-kadang kan, bila terlalu banyak berita, fakta, artikel, ceramah, kempen-mengempen dikalangan ahli politik, dikalangan penggiat politik, dikalangan rakyat yang taksub dengan politik....jauh kat sudut hati aku, tertanya-tanya,
'kenapa perlu berkempen dengan menjatuhkan martabat atau maruah orang lain???'
'kenapa perlu ada sikap untuk membuka aib orang???'
'kenapa perlu mencerca orang lain sedangkan diri kita pon tak sehebat mana???'
'kenapa perlu menghasut orang lain dengan alasan yang tak munasabah???'
'kenapa perlu ada kepentingan diri dalam menegakkan negara tercinta???'
'kenapa perlu ada sindiran sinis yang akan membuatkan orang lain terasa???'
Astagfirullahalazim.....pemimpin macam ni ka yang kita nak pilih??? parti politik ni ka yang kita nak jadikan sebagai orang tengah dalam mempertahankan negara??? aku tak subjekkan perkara ni untuk mana-mana parti...ni adalah pendapat dari aku yang kerdil bab politik....kenapa kita sebagai orang Melayu, Islam sesama Islam....tak ikut pun cara Rasulullah nak tarik orang kafir untuk memeluk Islam??? eh korang ingat senang ka Rasulullah nak ajak orang masuk Islam dulu??? berapa tahun Baginda ambik masa nak tegakkan Islam??? ada Rasulullah memaki hamun orang-orang kafir tu, TAKKKK pun kan.....siap ada yang letak taik kat tengkuk Rasulullah masa Baginda tengah solat....ada Baginda mencaci maki orang tu??? tak....aku rasa, aku tak nampak lagi pemimpin politik yang tak pernah merendahkan lawannya kat Malaysia nie.....dalam berkempen tu, engkau nak kempen...kempenlah sepuas hati....kempenlah sesungguh hati....tapi dengan syarat, jangan sesekali menjatuhkan aib pihak lawan...jangan sesekali nak memperlekehkan orang lain SEBAB tu bukan cara Rasulullah....cuba kempen tu, sebut je yang positif untuk diri sendiri, parti politik + orang yang akan memangkah...tak ke sejuk telinga kita dengaq....ini tak.....pergi ceramah sana sini, alih-alih bukan ilmu dengan pahala yang kita bawak balik....yang dapatnya, dosa kering, perasaan hasad dengki yang membuak-buak...
kadang kat opis ni pun, dah terang-terang tak boleh nak berpolitik, tapi ada jugak suara-suara sumbang yang terkekek-kekek berbicara bab politik...hello, kamonlah.....this is office....tak kira apa pon parti politik yang engkau sokong, bagilah ada rasa hormat sikit kat orang lain....tak perlu nak tunjuk sangat yang kau tu taksub dengan parti-parti tertentu...kata undi adalah rahsia...dah macam ni, nak rahsia apa lagi....bagi aku la kan, lepas mengundi nanti, result dah keluar, redho je lah dengan kemenangan parti tersebut....usaha dah....berdoa dah....tawakal je lah...kemenangan parti politik hari nie tak bergantung pun dengan berapa ramainya orang datang masa ko berkempen....ko kempenlah sejuta orang datang sekalipun, kalau bukan kemenangan tu hak kau, tak kan menang jugak...ingat, kita hanya merancang.....kita buat sehabis baik...kita kempen itu ini, kita janjikan itu ini, kita nak kan perubahan itu ini...memang dah tip top dah perancangan yang kita buat...orang kata tunggu nak meraikan ja lagi....tapi jangan lupa....dalam kita merancang, Dia juga merancang.....namun perancangan Dialah yang terbaik....dan janji Dialah janji yang pasti...
apa yang aku nak kongsikan hari nie,
'Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian, termasuk berita dan bahan yang ditonton di media massa dan alam siber. Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. HENTIKAN MENJADI EJEN PENYAMBUNG FITNAH'
credit to : Prof Dr Muhaya
*maaf jika ada yang terasa....aku insan yang lemah berbicara bab politik mahupun agama...aku hanya insan biasa....peaco yo!!!!*
Assalamualaikum
Tiada ulasan :
Catat Ulasan