ada pepatah Melayu mengatakan 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.....ada jugak yang mengatakan 'sayangilah seseorang itu seadanya kerana kelak engkau akan membencinya, dan bencilah seseorang itu seadanya kerana kelak engkau akan menyayanginya'......walaupon kedua-dua pepatah tersebut membawa maksud yang hampir sama tapi tak serupa, tapi beringatlah.....perghhhhhhhhhhhhhh.....pagi-pagi aku dah berdrama king kong sengsorang....hahahahaha
kenapa entry kali ini berbaur sedemikian? adakah aku telah 'terkena' dengan pepatah-pepatah tersebut??? mungkin..........
tapi itulah, pepatah tu dah lama wujud....cuma kita sebagai manusia, atas kemahuan sendiri dan kehendak hati samada nak ikot ataupon tak......dan kadang-kadang, terbit rasa menyesal bila kita buat baik dengan orang, itu ini kita tolong, taaaaaakkkk pernah berkira, tak kisahlah orang yang kita tolong tu kengkawan atau family atau sedara mara, tapi yang taiknya, yang buruknya, akan patah balik kat kita.....PECAYA??? tepuk hati, tanya la diri sendiri...
serius aku katakan, benda ni penah berlaku dalam hidop aku, di alam realiti nie.....tapi rasanya tak payah la kot nak describe sapa yang terlibat, yang penting, benda ni tak melibatkan orang yang telah meninggal dunia....eh.......kesitu pulak....hehehehehe
buat baik....YESSSS....sapa tak penah buat baik kat orang.....buat jahat.....YESSSS.....sapa yang tak penah buat jahat.....kita ni bukan maksum, makna kata kita ni bukan sempurna....kita anak Adam yang bila-bila masa saja akan dihasut oleh syaitooooon durjana....hanya kekuatan iman yang akan menghalang hasutan tue.....tapi bagi aku, kejadian yang menimpa diri aku sendiri, ini tak dak kena mengena dengan setan bagai....aku rasa, selama ni aku tolong orang tu ikhlas....serius, aku tak penah mintak jasa dia balik....sebab orang kata, pahala itu lebih indah dari yang lain.....tapi bila dah bertahun kita tolong tanpa rungutan....*eh, kadang-kadang aku merungut jugak.... ;) *, tetiba, pertolongan tu hanya dibalas dengan tuba.....sebelum ni semua pertolongan tu bau wangi bunga, lani suma dah bau bunga taik ayam??? bila aku motivate balik diri sendiri, bila aku pikir balik apa yang jadi, aku rasa 'APA SALAH AKU, HA???'......ya, mungkin disebabkan mulut badan binasa....aku akui jugak kewujudan ungkapan tue....tapi kalau semua tu bukan dari mulut aku sorang, awat bila ada masalah, hanya seorang dihukum??? aku mengaku, mulut aku sangat berbisa...orang-orang yang dekat dengan aku kenal aku macam mana....tapi seingat aku, aku pikir dulu sebelum bersuara.....aku pikir dulu sebelum message orang.....sebab tu orang kata, 'message' ni kadang-kadang selalu disalah anggap....lain yang kita message, lain pulak yang depa paham....pastu forward message tu merata alam yang mengatakan kita ni salah.....watdehek.....aku punya style, kalau aku salah, aku akan mengaku......aku akan diam, aku pikir balik apa yang aku dah buat sebenarnya......dan bila aku dituduh untuk something yang aku rasa,'eh, ingat best sangat ka nak ambik tau pasal hang.....apa, tadak qeja len dah ka selain sebok nak selak kain orang atau aku dituduh nak cerai-beraikan orang'....apa, ingat senang ka nak kawen...pastu tetiba tuduh aku nak runtuhkan masjid tu???nauzubillah.....aku penah kawen, aku tau macam mana susah nak cari duit, nak mintak tolong orang masak, nak kena communicate dengan orang ramai, nak merayu jayakan majlis.....pastu takan la sesenang tu nak pasang bom bagi meletup masjid tu.....gila ka apa....macam aku,aku akan terus call or face to face untuk setelkan hal tu.....bila kita call, tau pulak tak mau angkat....bila ajak jumpa, berani nak jumpa???? takkkkkkkkkkkkkkk....tapi message, panjang berjela....hat tu yang aku hanginnnn....kalau rasa nak setel masalah, buat cara nak setel....macam aku cakap tadi, aku kalau aku salah, aku akan mengaku....so kita slow talk la balik apa yang tak kena.....jangan sebab dengaq orang sana sini menghasut, ko dah jadi meroyan tuduh orang itu ini.....sapa tak penah buat salah, meh cita sikit kat aku....aku bukan orang yang pandai untuk berkata-kata....aku jugak tak penah guna kelebihan diri aku nak menghasut orang ramai ikot cara aku....sebab bagi aku, semua orang ada pendapat peribadi masing-masing....semua orang ada fikiran, tau baik buruk, tau mana salah mana betul, tak payah nak dengaq hasutan orang.....even benda tu jahat sekalipon, ko tak reti-reti nak pikir mana baik mana buruk ka???? ingat, cakap tu biaq berdasarkan akal....bukan nafsu....dan aku rasa, tak perlu kot nak tunding jari salahkan orang itu ini, tanya diri sendiri dulu.....
sebab tu bila semua ni jadi kat aku setelah apa yang aku buat kat mereka-mereka tersebut selama nie, aku rasa MENYESAL.....takot nak buat baik dengan orang.....takot nak suarakan pendapat sendiri, takot disalahertikan pihak ketiga.....walaupun orang yang kita nak tolong tu adik beradik atau pon kawan-kawan sendiri, serius....aku dah serik....kadang aku jadi kesian, kesian kat diri sendiri sebab bodoh sangat melayan orang-orang macam tu....at last, aku jugak yang kena....tapi kadang-kadang, yang bergadonya mak bapak, tapi yang menjadi mangsa anak-anak....sangat kesian.....dan bila ni dah jadi kat diri aku, entah buat keberapa kali pon aku tak tau, aku rasa aku akan berpegang teguh dengan pepatah 'buat baik berpada-pada'....aku takkan nak offer diri sendiri nak buat itu ini...biarlah nak kata aku sombong or belagak, tapi pengalaman dah mengajar aku erti kehidupan.....tak rugi kalau kita sombong untuk orang yang sombong dengan kita satu masa dulu.....dan bodohlah kita kalau masih melayan perangai orang-orang bodoh....
sekian
wassalam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan